Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Kelas Bina Insan KEMAS DUN Simunjan bekerjasama bersihkan tanah perkuburan Islam

Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta Kelas Bina Insan KEMAS Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Simunjan bergambar kenangan sebaik sahaja selesai gotong-royong di situ kelmarin.

SIMUNJAN, Khamis (8 Dis) – Kelas Bina Insan KEMAS Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Simunjan telah turun padang untuk membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Keleka, Simunjan kelmarin.

Pemaju Masyarakat (PM) Kelas Bina Insan DUN N21 Simunjan, Norainey Muntap berkata seramai 50 orang peserta kelas terbabit telah mengambil bahagian dalam gotong-royong berkenaan.

“Kawasan tanah perkuburan perlu sentiasa dihormati bagi mengenang pemergian insan-insan tersayang yang sudah meninggal dunia dan disemadikan di situ semenjak dari dulu hingga sekarang.

“Justeru program gotong-royong ini telah diadakan bagi tujuan itu disamping merapatkan lagi hubungan kerjasama dikalangan para peserta dan seterusnya beramal untuk penduduk setempat di situ,” katanya.

Sementara itu Penyelia Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Siti Norzuraidah Abdul Kadir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian dalam program itu.

Justeru beliau berharap agar amalan kebajikan seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara jabatan kerajaan dan penduduk pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pengerusi  Gabungan Kelas Bina Insan DUN N.21 Simunjan, Kanselor Hajah Aben Abang Aneh dan Pemaju Masyarakatdari KEMAS Batang Lupar iaitu Dahlian Haji Padil serta Chuding Karok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment