Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Kelab Rekreasi Sebuyau adakan perlawanan persahabatan di Simunjan

Caption: UNTUK ALBUM...Ahli kelab dari kedua-dua pihak bergambar kenangan sebelum bermula perlawanan badminton di sini kelmarin.

SIMUNJAN, Khamis (15 Dis) - Seramai 12 orang ahli gabungan Kelab Rekreasi dan Sukan Daerah Kecil Sebuyau telah berkunjung ke Simunjan untuk mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Kelab Sukan dan Sosial (KSS), Majlis Daerah Simunjan di Dewan Mesra, MDS kelmarin.

Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Kecil, Sebuyau iaitu Abdul Rahman Ibrahim dianggotai seramai 10 orang pemain lelaki dan dua orang pemain wanita.

Setiausaha kelab berkenaan, Hipni Haji Abang Kanaini memberitahu lawatan ini membolehkan para ahli menimba pengalaman disamping mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara pemain badminton dari kedua-dua pekan tersebut.

Terdahulu aktiviti yang bermula pada pukul lima petang itu menyaksikan sejumlah lapan buah regu yang melibatkan lima regu lelaki, satu regu wanita dan satu regu campuran berentap sehingga tamat perlawanan pada pukul 9 malam dengan keputusan seri.

Sebelum berangkat pulang kesemua para ahli kelab badminton darin kedua-dua pekan berkenaan telah dijamukan dengan hidangan makan malam di dewan berkenaan.

Turut berlangsung ialah upacara pertukaran cenderamata di antara Setiausaha MDS, Sait Enggang dengan  ketua rombongan kelab dari Sebuyau berkenaan iaitu Abdul Rahman Ibrahim.

“Program ini nyata memberi faedah kepada semua pihak. Justeru pihak kami akan menjemput kelab badminton dari Sebuyau untuk mengadakan lagi perlawanan persahabatan yang melibatkan lain-lain sukan selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment