Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2011

Jimbai ketua kampung contoh

Caption: TELADAN...Tr Hearold sedang melakukan kerja memotong rumput lalang di kampung secara sendirian di Selantik Ili kelmarin.

PANTU, Selasa (20 Dis) – Seorang Ketua Kampung atau Tuai Rumah bukan hanya boleh dianggap berkaliber dari segi kebolehannya memimpin anak-anak buah kampungnya sendiri.

Ini kerana kekuatan Tuai Rumah itu terletak di atas sifat semulajadinya dalam menunjukkan teladan dan keikhlasan diri untuk bertugas demi anak-anak buah kampung beliau sendiri.

Ia terbukti apabila Tuai Rumah Hearold Ernest dari Selantik Ili, Pantu melakukan kerja membersihkan rumput lalang di halaman kampungnya sendiri lebih-lebih ketika menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember kelak.

“Seorang Tuai Rumah tidak harus hanya pandai mengarah anak-anak buah kampungnya bekerja atau menjayakan sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

“Paling penting ialah kita haruslah mempunyai sifat semulajadi sebagai seorang Tuai Rumah yang bertanggungjawab untuk kehidupan para anak buah rumah panjangnya,” menurut beliau.

Hearold berkata beliau mengambil inisiatif untuk memotong rumput lalang kawasan rumah panjang tanpa memerlukan bantuan anak buahnya sendiri memandangkan beliau faham terhadap kesibukan mereka ketika mencari nafkah pada setiap hari.

Justeru demi memastikan perayaan Krismas disambut dalam keadaan yang bersih di Selantik Ili pada 25 Disember maka Hearold meluangkan masa waktu paginya pada hari ini demi membersihkan kawasan kampung.

“Ada masanya anda (Tuai Rumah) memerlukan bantuan daripada anak-anak buah untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Namun jika anda rasa boleh lakukannya sendiri demi kebaikan semua pihak maka lakukanlah dengan penuh ikhlas,” katanya.

Terdahulu Hearold pernah bekerja di Lombong Arang di Sungai Tenggang dan Pertubuhan Peladang Kawasan Pantu sebelum mengambilalih jawatan Tuai Rumah daripada Labon Gisang pada tahun 2004 lepas.

Tamat.


No comments:

Post a Comment