Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Jeraki tampil dengan album Sulu Lama Sekula Suba

Caption: KINI DI PASARAN...Album VCD terbaru Jeraki berjudul Sulu Lama Sekula Suba sudah pun berada di pasaran negeri Sarawak pada masa sekarang.

- 9 Dis

Penyanyi sensasi Iban iaitu Jennarino Jeraki kini kembali lagi menemui peminat menerusi album VCD berjudul Sulu Lama Sekula Suba yang telah pun berada di pasaran negeri ini semenjak awal bulan lepas.

Jeraki, artis yang bernaung di syarikat Golden Pearl dan pernah popular menerusi album Pantun Rakyat sebelum ini nyata telah tampil dengan 11 buah lagu baru yang terkandung dalam album terbabit.

Antaranya ialah Cherita, Sulu Lama Sekula Suba, Besarung Tinching Ngikat Semaya, Anang Nyimpan Ati Cemburu, Munsang Malam, Indai Endun, Beraie Ngiga Sulu, Tau Peda Nuan Ila, Anang Irau Ati, Bungai Ros dan Bekeduan (duet bersama Suring).

“Menerusi penampilan modeling Golden Pearl Live Group, Katrina Liap, Tony  M, Mr Cfu, Soni, Freddie dan Hilary, kesemua lagu dalam album ini telah pun mendapat sentuhan daripada Maxwell Franklin Sarawak serta Lakung Ading.

“Tiga daripada 11 buah lagu dalam album ini dijangka ‘hit’ dikalangan peminat lagu Iban tempatan antaranya ialah Sulu Lama Sekula Suba, Anang Nyimpan Ati Cemburu dan Besarung Tinching Ngikat Semaya,” katanya.

Selain itu album Sulu Lama Sekula Suba kata Jeraki masih menggunakan rentak muzik Pop Dangdut, A Go Go, Joget dan Slow Rock sesuai dengan citarasa peminat lagu Iban tempatan pada masa sekarang.

Justeru beliau berharap agar peminat muzik Iban tempatan membeli album Sulu Lama Sekula Suba yang tulen demi mengangkat lagi industri lagu Iban tempatan dalam negeri ini dari masa ke semasa.

“Jangan beli album cetak rompak. Tindakan anda membeli album cetak rompak akan menyebabkan ramai artis Iban tempatan gulung tikar dan sekaligus menggelapkan lagi industri muzik kita selepas ini,” katanya.

Terdahulu Jeraki juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan apabila pernah berganding bahu dengan Maxwell Franklin Saran menerusi telemovie berjudul Juluk Ati Nyadi Nyata dan Bujang Sarawak Tetap Sayau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment