Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 December, 2011

Jalan Pantu rosak (tapi sekarang dah letak batu)


Caption: ROSAK TERUK...Gambar menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang merentasi laluan jalan rosak menuju ke Pasar Pantu hari ini.

PANTU, Selasa (20 Dis) – Usaha naiktaraf dan membaiki jalan sememangnya amat dialu-alukan oleh penduduk selagi ia memberi manfaat kepada keselesaan hidup mereka ketika menggunakan jalan tersebut.

Bagaimanapun rasa tidak puashati mungkin boleh timbul dikalangan penduduk sekiranya pihak kontraktor yang bertanggungjawab menaiktaraf jalan terbabit gagal mewujudkan keselesaan di jalan raya berkenaan selepas itu.

Begitulah keadaan yang terjadi dikalangan penduduk kawasan Pantu, Sri Aman apabila projek pembinaan saluran longkang menyebabkan salah satu laluan jalan raya di situ rosak dan sukar dilalui penduduk semenjak dua minggu lepas.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak hari ini mendapati laluan longkang telah dibina oleh pihak kontraktor berdekatan dengan jalan keretapi menuju ke Pasar Pantu sebelum ini dipercayai untuk mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang.

Namun begitu pihak kontraktor dipercayai bersikap lepas tangan dengan hanya menimbun batu kecil di atas laluan jalan yang telah digali bagi tujuan pembinaan saluran longkang berkenaan.

Akibatnya lori muatan berat telah menyebabkan laluan jalan raya yang telah ditembok dengan batu kecil itu mulai melekuk dan rosak hingga menyukarkan kenderaan melintasi laluan itu hingga masa sekarang.

“Saya terpaksa membeli barangan keperluan dapur ke Pasar Sungai Tenggang semenjak dua minggu lepas apabila jalan menuju ke Pasar Pantu itu mulai melekuk dan sukar untuk dilalui hingga sekarang.

“Sebagai pengguna kenderaan, saya bersama penduduk yang lain melahirkan rasa kesal terhadap pihak kontraktor terbabit berhubung sikap mereka berhubung kesudahan projek berkenaan,” kata seorang motorsikal yang enggan namanya disiarkan dalam akhbar ini.

Kerja pembinaan saluran longkang di situ katanya amat disambut baik namun pihak kontraktor terbabit haruslah membaiki semula kesan pembinaan projek terbabit demi keselesaan pengguna kenderaan yang lain selepas itu.

Justeru beliau berharap agar pihak kontraktor berkenaan kembali untuk membaiki semula laluan jalan rosak berdekatan kawasan jalan keretapi di situ agar semua kenderaan boleh melaluinya semula dengan lancar dalam masa terdekat ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment