Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 December, 2011

Jabatan Imigresen Sri Aman rai Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Imigresen Malaysia Ke-13

Caption: UNTUK ALBUM...Kujang (duduk tiga kiri) ketika bergambar kenangan bersama kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman bersempena dengan majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Khamis (1 Dis) – Seramai 16 orang kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman telah menghadirkan diri dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Imigresen Malaysia Ke-13 hari ini.

Majlis yang berlangsung mulai jam 7.30 pagi di perkarangan jabatan itu telah didahului dengan upacara kawad perbarisan, bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan, nyanyian lagu Imigresen dan ikrar jabatan.

Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan sesi ucapan perutusan dari Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sarawak, Datu Robert Lian yang dibacakan oleh Ketua Imigresen Bahagian Sri Aman iaitu Kujang Baling.

Sebaik sahaja selesai sesi bacaan perutusan berkenaan, Kujang telah berkesempatan untuk menyampaikan kepada para kakitangannya berhubung aspek disiplin dan intergriti kerja.

“Semua kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman perlu mengamalkan semangat juang tinggi dan mantap dalam menjayakan transformasi kerajaan atas perkhidmatan awam.

“Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sarawak sentiasa menaruh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap keupayaan, semangat dan komitmen para pegawai dalam meningkatkan kualiti diri serta perkhidmatan yang diberikan kepada semua pelanggan jabatan ini,” katanya.

Kujang turut menambah bahawa kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman sentiasa siap-siaga bagi melaksanakan Program 6P dan tugas hakiki selepas ini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggui penghargaan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh komited tanpa mengira waktu selama ini,” katanya.

Terdahulu Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Imigresen Malaysia Ke-13 ini turut diserikan dengan upacara pemakaian pangkat oleh Kujang kepada Pegawai Imigresen Tinggi, Mohammad Ailih yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini.

Majlis kemudiannya berakhir pada jam 10.30 pagi dengan kesemua kakitangan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman menikmati jamuan ringan yang berlangsung di dalam pejabat terbabit.

Tamat.








No comments:

Post a Comment