Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 December, 2011

Gereja Saint Philip kempen upacara Carolling di Lubok Antu


Caption: SELAMAT HARI KRISMAS…..Kumpulan Koir Krismas Gereja St Philip di ketuai Father Francis (dua kiri) semasa berkunjung ke Sebangki Panjai baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Isnin (12 Dis) - Kumpulan Koir Krismas Gereja Saint Philip sedang melaksanakan aktiviti Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah (Carolling) di kawasan penempatan penduduk dalam daerah Lubok Antu.

Terbaru, Kumpulan Koir Krismas Gereja Saint Philip berkenaan telah pun mengadakan aktiviti Carolling di Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu bersempena dengan sambutan perayaan itu nanti.

“Kumpulan Koir Krismas bagi Gereja Saint Philip yang diketuai oleh Father Francis dan 15 orang anggotanya terdiri daripada golongan anak-anak muda telah pun memulakan aktiviti berkenaan semenjak awal bulan ini.

“Ia bertujuan untuk memeriahkan sambutan perayaan Krismas yang akan berlangsung pada 25 Disember ini dikalangan penganut Kristian Anglican,” menurut jurucakap kumpualn terbabit.

Selain itu kumpulan berkenaan juga berharap agar Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah ini dapat diadakan semula di kawasan penempatan penduduk di Lubok Antu pada tahun akan datang.

Terdahulu Carolling adalah satu upacara sembahyang dari rumah ke rumah anjuran pihak gereja bagi memberkati ahli keluarga Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas pada setiap tahun.

Tamat...


No comments:

Post a Comment