Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru selamat dirasmi

Caption: RASMI...Datuk Bolly sedang menyempurnakan upacara tanda Alpha dan Omega sambil diiringi oleh Chimbie (kanan) dan Reverend Father Jackson Jarau (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (10 Dis) – Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru akhirnya selamat dirasmikan oleh Ketua Bishop Kuching (Sarawak dan Brunei) iaitu Right Reverend Datuk Bolly Lapok pada jam 3 petang hari ini.

Sambil diiringi oleh Ketua Gereja Saint Luke Sri Aman, Venerable Archdeacon Chimbie Bunsie, Bolly memulakan upacara dengan mengetuk pintu gereja sebanyak tiga kali sebelum masuk bagi meneruskan upacara sembahyang memberkati gereja itu.

Beliau kemudiannya menyempurnakan upacara tanda Alpha dan Omega ke atas tepung yang disediakan di bahagian hadapan dalam gereja itu sebelum beliau berangkat ke ruang alta utama gereja sambil diiringi oleh paderi dan kakitangan Gereja Saint Luke.

Majlis yang dihadiri seramai 800 orang penganut Kristian Anglican itu diteruskan dengan sesi nyanyian lagu sembahyang dan doa sebelum ia diakhiri dengan menyempurnakan upacara menandatangani plak perasmian gereja terbabit oleh Bolly.

Terdahulu Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru ini dibina dengan kos tender bernilai RM2.4 juta hasil sumbangan Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan dan individu berpengaruh dalam negeri ini.

Gereja Saint Luke Sri Aman yang mampu memuatkan sejumlah 800 orang penganut Kristian Anglican bagi satu masa ini mula dibina pada 12 April tahun lepas sebelum ia siap sepenuhnya pada bulan November tahun ini.

Pembinaan Gereja Saint Luke Sri Aman yang baru ini sekaligus membolehkan penganut Kristian Anglican di sini menunaikan ibadat sembahyang mereka semenjak gereja asalnya musnah dalam kejadian kebakaran pada 15 Disember tahun 2002.

Gereja Saint Luke ini dibina mengikut konsep yang lebih moden sesuai dengan kewujudkan Bandar Baru Sri Aman dan sekaligus membuka lembaran baru dalam sejarh gereja pada masa akan datang.

Tamat.




No comments:

Post a Comment