Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 December, 2011

Final Rentak Juara dan Rakaman Pentas Krismas malam ini (17 Disember)

Caption: SERIUS...Jefferson (tengah) bersama Ruth (kiri) ketika sedang membincangkan butir penganjuran program bersama kakitangan RTM Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (14 Dis) – Orang ramai dijemput untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Rentak Juara dan Rakaman Pentas Krismas 2011 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman bermula dari 16 hingga 17 Disember ini nanti.

Program anjuran Kelab Sukan Rekreasi dan Jabatan Penyiaran RTM Sri Aman itu adalah merupakan salah satu aktiviti pengisian Program Jalinan Mesra Bersama Masyarakat dan Peminat Sukan Permotoran Bahagian Sri Aman dari 16 hingga 18 Disember kelak.

“Peringkat saringan Pertandingan Rentak Juara 2011 itu akan bermula pada jam 7 petang di Mini Stadium pada 16 Disember nanti dengan tujuh buah kugiran sudah pun mengesahkan penyertaan masing-masing setakat ini.

“Bagaimanapun mereka yang berminat boleh menyertai pertandingan ini dengan mendapatkan borang penyertaan di RTM Sri Aman sebelum pada tarikh akhirnya pada 16 Disember ini,” kata penerbit rancangan terbabit iaitu Edwin Nanggah.

Dengan bayaran berjumlah RM150 bagi satu kumpulan, mereka juga boleh mendapatkan borang itu ketika berlangsung raptai penuh rakaman Pentas Krismas pada 16 Disember dari jam 2 hingga 5 petang di Mini Stadium Sri Aman.

Kumpulan juara katanya akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,200, piala dan sijil penyertaan manakala hadiah RM1,000 dan RM800 akan dibawa pulang oleh kumpulan naib juara serta pemenang tempat ketiga juga beserta dengan piala dan sijil.

“Mereka boleh menghubungi Ruth Ampong, Anie Spencer dan Diana Dordie di talian 083322121 untuk pertanyaan berhubung pertandingan itu,” menurut beliau sambil menambah hanya lima buah kumpulan yang dipilih ke peringkat akhir pertandingan ini.

Bayaran tiket masuk bernilai RM3 dikenakan terhadap setiap individu ketika berlangsungnya saingan akhir pertandingan itu dan juga Rakaman Pentas Krismas yang akan bermula jam 7 petang pada 17 Disember kelak di Mini Stadium Sri Aman.

“Rakaman Pentas Krismas itu nanti akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Bunyau dan Mujab dari Bahagian Iban Wai FM, persembahan nyanyian oleh artis rakaman Iban popular, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi,” katanya.

Terdahulu satu mesyuarat khas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat RTM Sri Aman yang dipengerusikan oleh Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman iaitu Valentino Jefferson Munjan untuk membincangkan penganjuran program itu petang kelmarin.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Bahagian Rancangan RTM Sri Aman merangkap Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi RTM Sri Aman, Ruth Ampong, wakil Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar Joshua Ijau, ahli jawatankuasa kelab dan kakitangan stesen penyiaran terbabit.

Tamat.







No comments:

Post a Comment