Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 December, 2011

Enam orang kakitangan JTS Sri Aman dirai


Caption: SELAMAT BERTUGAS...Sulaiman (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dahari (kanan) sambil disaksikan oleh Ramli (tengah) pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (20 Dis) – Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman telah mengadakan Majlis Perpisahan Kakitangan 2011 yang berlangsung di lobi tingkat dua, pejabat jabatan berkenaan baru-baru ini.

Jurucakap penganjurnya ketika ditemui memberitahu sejumlah enam orang kakitangan Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman yang telah berpindah tugas diraikan menerusi majlis itu.

Enam orang kakitangan jabatan berkenaan yang telah berpindah tugas pada 15 Disember lepas ialah Matassan Jenai (Limbang), Mohd Rafi (Kota Samarahan), Ibrahim Abdullah, Julius Bunan (Betong), Mohd Safari (Sarikei) dan Dahari Anis (Sarikei).

Sambil dihadiri seramai 70 orang kakitangan, kesemua enam orang kakitangan yang berpindah tugas itu telah cenderamata kenang-kenangan daripada Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman iaitu Sulaiman Budin.

Sulaiman ketika berucap pada majlis itu menasihatkan kesemua enam orang bekas kakitangan Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman itu untuk terus berbakti di tempat kerja baru masing-masing selepas ini.

Katanya keenam-enam orang bekas kakitangan jabatan tersebut haruslah memanfaatkan pengalaman masing-masing demi mempertingkatkan mutu kerja di tempat kerja baru mereka.

“Lagipun saya ingin menasihatkan mereka agar tidak mudah melupakan tempat tugas lama (Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Sri Aman) iaitu tempat mereka menunaikan tugas terhadap rakyat selama ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis perpisahan berkenaan ialah Setiausaha Kebajikan Kelab Land And Survey (LANDAS) Bahagian Sri Aman iaitu Ramli Abu Sera.

Tamat.

No comments:

Post a Comment