Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 December, 2011

Dua kejadian kemalangan menyebabkan jalan berdekatan simpang Punda, Simunjan jammed







Caption:          

1.MALANG...Lori pengangkut bahan cecair kilang telah melintang di kawasan laluan jalan raya berbukit berdekatan kawasan simpang Punda, Simunjan dan seterusnya menimbulkan masalah lalulintas sehingga jam 12.30 tengahari hari ini.

2. SESAK...Sebuah kenderaan Proton Saga sedang melimpasi laluan kecil di kawasan laluan jalan raya berbukit di simpang Punda, Simunjan apabila sebuah lori melintang di situ hari ini.

SIMUNJAN, Rabu (7 Dis) – Dua siri kemalangan jalan raya berdekatan kawasan simpang Punda, Simunjan telah menimbulkan kesesakan lalulintas dipercayai bermula dari jam 5 petang kelmarin hingga jam 12.30 tengahari hari ini.

Kes kemalangan pertama kata sumber membabitkan sebuah lori yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke arah Sri Aman untuk menghantar bahan cecair bagi tujuan perkilangan pada tengah malam tadi.

Ketika mendaki jalan raya berbukit berdekatan kawasan simpang Punda, Simunjan, faktor muatan berat yang dibawa oleh lori dan juga enjin dipercayai menyebabkan pemandunya gagal memandu lori tersebut hingga ke kawasan puncak bukit.

Akibatnya, lori pengangkutan bahan cecair berkenaan telah bergerak undur menuju ke bawah jalan raya berbukit itu hingga menyebabkan ia melintang di laluan tengah jalan terbabit sekitar jam 1 pagi.

Kejadian ini kata sumber telah menimbulkan kesesakan lalulintas bermula awal pagi hari ini sebelum pihak syarikat lori itu tiba untuk mengepam keluar kesemua isi cecair lori berkenaan bagi membolehkan ia ditunda menjelang jam 12.30 tengahari hari ini.

Manakala itu kes kemalangan kedua pula membabitkan sebuah lori pengangkut minyak kelapa sawit dan sebuah bas milik syarikat P.B Ekspress sekitar jam 5 petang kelmarin juga berdekatan dengan kawasan simpang Punda, Simunjan itu.

Kata sumber, lori pengangkut minyak kelapa sawit terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke Sri Aman sebelum ia mula menuruni laluan jalan raya berbukit menuju ke kawasan Sungai Kura, Simunjan.

Ketika mula menuruni laluan berbukit berkenaan (selepas Simpang Punda, Simunjan), lori terbabit dipercayai telah berlanggar dengan bas ekspress terbabit yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuching dari Sri Aman.

Pelanggaran ini kata sumber menyebabkan lori itu terbabas ke kawasan kanan laluan jalan dan seterusnya menumpahkan cecair minyak kelapa sawit ke kawasan jalan berkenaan.

“Pihak berwajib kemudiannya bertindak pantas untuk menutup laluan berminyak ini dengan pasir bagi mengurangkan risiko kemalangan berbahaya dikalangan pengguna kenderaan yang lain,” kata sumber.

Sumber turut menambah bahawa kesesakan lalulintas telah berlaku hampir sepanjang dua kilometer berhubung kemalangan hingga tengah malam tadi sebelum kemalangan terbaru berlaku di simpang Punda, Simunjan pagi tadi.

Tamat.





No comments:

Post a Comment