Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2011

Bersatu-padu sokong calon BN -Mong


Caption: RASMI...Datuk Mong (kanan) bersama Masir (kiri) ketika bersama-sama menyempurnakan upacara memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (8 Dis) – Penduduk dinasihat untuk bersatu-padu bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Jalan Raya Empelasi Telajong, Melugu, Sri Aman petang kelmarin.

Katanya Ahli Parlimen Sri Aman masa sekarang iaitu Masir Kujat akan terus dipilih oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada PRU13 kelak dan penduduk mestilah terus menyokong beliau agar BN dapat meneruskan agenda pembangunan di sini selepas itu.

“Penduduk mesti membantu PRS mengekalkan kerusi Parlimen Sri Aman milik BN pada PRU13 kelak memandangkan hanya kerajaan yang boleh merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kesenangan hidup mereka.

“Justeru jika masih sayangkan pembangunan maka beliau (Masir) perlulah disokong apabila dicalonkan semula oleh PRS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Selain itu Mong juga mahu Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sri Aman perlu aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti agar mereka layak menerima RM500 daripada Pejabat Daerah menerusi laporan yang mereka hantar kepada pihak itu.

Terdahulu Mong dan Masir telah merasmikan Jalan Raya Empelasi Telajong, Melugu sepanjang 1.5 kilometer yang menghubungkan kawasan Tekalong Dor hingga Melugu Skim.

Jalan Raya Empelasi Telajong, Melugu terbabit telah mula dibina awal tahun ini dan siap sepenuhnya semenjak dua bulan lepas bagi memberi faedah kepada 20 buah keluarga serta penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Menerusi majlis itu Mong telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Meregie Tekalong Dor B dan RM4,000 kepada JKKK Rumah Jinis Tekalong Dor A manakala Masir pula mengumumkan peruntukan RM3,000 untuk kedua-dua JKKK itu serta RM2,000 lagi juga untuk kedua-dua biro wanita JKKK terbabit.

Hadir sama bagi menyaksikan Majlis Perasmian Jalan Raya Empelasi Telajong, Melugu ini ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Pemanca Samuel Lawen, para ketua kaum dan kakitangan kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment