Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2011

185 hektar tanah dilulus untuk permohonan penanaman semula getah oleh RISDA

Caption: AMANAT...Peter sedang menyampaikan perutusan daripada Datuk Harden ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (6 Dis) – Pejabat RISDA Bahagian Samarahan telah meluluskan permohonan tanam semula sebanyak 185.3442 hektar tanah yang melibatkan sejumlah 112 orang pekebun kecil getah bagi sepanjang tahun 2011.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berkata ia menunjukkan bahawa pembangunan masyarakat pekebun kecil adalah sangat penting dalam konteks ekonomi yang secara tidak langsung memajukan ekonomi negara.

“Bagi menjayakan usaha ini RISDA juga telah menyerahkan sejumlah 109 beg baja jenis Rock Phosphate (RP) bernilai RM4,033 yang diterima oleh 66 orang para pekebun kecil di sini.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA juga turut memberi sejumlah 467 beg baja jenis RISDA 1 (R1) kepada 66 orang pekebun kecil yang amat diperlukan bagi pertumbuhan pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengurus Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak iaitu Peter Umak ketika merasmikan Program Mari Membaja RISDA Negeri Sarawak peringkat Bahagian PRB Samarahan di Kampung Siga, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Kerajaan Negeri kata Harden juga memberi jaminan akan terus menyokong sepenuhnya Kempen Mari Membaja dalam negeri ini agar para pekebun dapat menikmati hasil impak positif daripada projek kerajaan berkenaan selepas ini.

“Saya yakin tahap sosioekonomi masyarakat pekebun kecil akan dipertingkat ke arah berpendapatan tinggi dengan adanya perancangan serta strategi daripada RISDA untuk memodenkan sektor terbabit.

“Justeru saya berharap agar para pekebun kecil dalam negeri ini merebut peluang daripada pihak RISDA demi mempertingkatkan hasil pendapatan keluarga masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai RISDA Bahagian Samarahan, Shaharuddin Saberi, Pengurus FELCRA Bahagian Sri Aman, Bukhari Haji Abdul Latif, Pegawai Pertanian Sri Aman, Alian Madek, para pegawai kerajaan dan ketua-ketua stesen RISDA negeri ini.

Program Mari Membaja RISDA Negeri Sarawak peringkat Bahagian PRB Samarahan ini juga turut diserikan dengan upacara penyampaian SPS-40 (pengesahan penerimaan borang) dan dan gimik teknik pembajaan pokok getah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment