Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 November, 2011

Tuai Rumah di Sri Aman dinasihat jaga keselamatan rumah panjang masing-masing

Caption:  PRIHATIN...Masir (kanan) menyampaikan cek bantuan kepada Tr Jegai (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Francis Harden (tiga kiri) dan ahli rombongan yang lain ketika melawat tapak kejadian kebakaran di situ kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (28 Nov) – Semua Tuai Rumah dalam kawasan Sri Aman dinasihat agar sentiasa mengingatkan anak-anak buah masing-masing untuk menjaga keselamatan rumah panjang mereka dari kejadian kebakaran selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika melawat berhubung kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Panjang Jegai anak Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang pada petang Sabtu lepas.

“Kes kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah panjang Jegai ini sememangnya amat dikesali sehingga ia menyebabkan seramai 68 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang berhubung kejadian itu.

“Atas sebab ini saya menasihatkan para Tuai Rumah untuk mengadakan satu mesyuarat khas bersama penghuni rumah panjang bagi membincangkan langkah tepat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penghuni rumah panjang agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan api yang boleh menimbulkan risiko kejadian kebakaran di masa akan datang.

Terdahulu Masir yang telah mengadakan tinjauan ke tapak kejadian kebakaran itu mengumumkan bantuan khas sara hidup bernilai RM500 bagi setiap 17 buah keluarga mangsa kejadian kebakaran.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan tambahan bernilai RM30,000 untuk membantu mangsa kebakaran di situ membeli peralatan bagi membina rumah panjang yang baru.

Manakala itu Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan iaitu Datuk Francis Harden Hollis yang hadir sama dalam lawatan itu berjanji akan mencari tapak tanah bagi tujuan pembinaan semula rumah panjang berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment