Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2011

Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman sampaikan bantuan

Caption: TERIMALAH...Shamsul (tiga kiri) menyerahkan bantuan kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh para penerima yang lain pada majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (3 Nov) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyampaikan bantuan organisasi kepada beberapa buah masjid, surau dan sekolah dari sekitar Bahagian Sri Aman kelmarin.

Majlis yang berlangsung di Pejabat TBS Sri cawangan Aman itu bertujuan untuk mendokong serta mengimarahkan lagi aktiviti kerohanian dan pendidikan di institusi terbabit selepas ini.

Pengurus TBS cawangan Sri Aman,  Shamsul Bahri bin Manap berkata kerohanian dan pendidikan adalah elemen terpenting bagi membentuk perwatakan dalam sesebuah masyarakat.

“Justeru setiap anggota masyarakat perlu melibatkan diri dalam pelbagai usaha bagi menjayakan setiap penganjuran aktiviti agar ia mencapai matlamat utama di masa akan datang,” katanya.

Selain itu pemohon bantuan organisasi kata Shamsul haruslah bersepakat terlebih dahulu dalam mengimarahkan pelbagai aktiviti terutama sekali bagi mereka yang pernah mendapat bantuan daripada pihak TBS.

Jelas beliau terdapat segelintir pengurusan organisasi Islam tertentu yang pernah mendapat bantuan daripada pihak TBS sebelum ini namun gagal menggunakan peruntukan tersebut sehingga ia ‘beku’ pada tahun berikutnya.

“Amat mendukacitakan jika peruntukan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) gagal membuahkan hasil dikalangan penerimanya selepas itu.

“Namun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat pihak pengurusan yang berjaya menggunakan setiap peruntukan dengan mapan sehingga mampu menjana hasil dananya sendiri,” katanya.

Shamsul pada majlis itu juga menyeru para individu dan perusahaan Muslim yang berjaya agar berinfaq (berbelanja) dengan mengeluarkan Zakat, Sadaqah di samping memanfaatkan Qurban sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba kelak.

“Sumbangan seperti ini secara tidak langsung akan mengembirakan lagi para fakir miskin yang terdapat di negeri Sarawak menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment