Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Sekolah Jenis Kebangsaan aliran Cina sumbang kemajuan negara - Rayong

Caption: TAHNIAH...Rayong menyampaikan hadiah kepada seorang murid sambil disaksikan oleh Baba (dua kanan) dan Sim (dua kiri) pada majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (10 Nov) – Sekolah Rendah Bantuan (SRB) atau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) aliran Cina juga menyumbang kepada kemajuan murid-murid berketurunan Bumiputera di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Kali Ke-67 SRB Chung Hua, Engkilili kelmarin.

Katanya ramai golongan ibubapa Bumiputera menghantar anak masing-masing untuk menuntut di sekolah jenis itu demi membolehkan mereka menguasai banyak bahasa ketika melangkah ke alam pekerjaan di masa akan datang.

“Selain Bahasa Melayu, English dan bahasa ibunda sendiri, murid berketurunan Bumiputera juga mempunyai kelebihan ketika mencari peluang pekerjaan setelah tamat pelajaran dengan adanya penguasaan terhadap Bahasa Mandarin (Cina).

“Mereka bukan sahaja mendapat kelebihan dari segi peluang pekerjaan sahaja malah turut mempunyai kelebihan ketika menceburi bidang perniagaan selepas itu,” menurut beliau.

Justeru Rayong berharap agar golongan ibubapa Bumiputera tidak berasa kekok atau janggal untuk menghantar anak-anak menuntut di sekolah rendah aliran Cina selepas ini tanpa mengabaikan kepentingan Bahasa Melayu dan Bahasa English.

Sementara itu, Rayong juga berharap agar penduduk kaum Cina khasnya di kawasan Engkilili terus menyokong penuh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

Terdahulu beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM8,000 kepada PIBG SRB Chung Hua Engkilili sambil disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu dan Guru Besar SRB Chung Hua Engkilili, Sim Gong Hui.

Rayong menerusi majlis itu juga berjanji akan membantu Lembaga Pengurusan SRB Chung Hua Engkilili untuk membina dewan serbagunan sekolah baru di situ yang bernilai RM350,000.

Tamat.

No comments:

Post a Comment