Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2011

Rumah Panjang Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop hanggus dijilat api






Caption: MUSNAH...Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Batu Lintang musnah dalam kejadian kebakaran sekitar jam 4 petang hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (27 Nov) – Sejumlah 17 buah keluarga dari Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku di situ hari ini.

Sumber dari lokasi kejadian berkenaan memberitahu kejadian kebakaran yang memusnahkan seluruh bahagian rumah panjang berkenaan telah bermula sekitar jam 4 petang hari ini.

Seorang penduduk di situ ketika dihubungi berhubung kejadian terbabit mendakwa api kebakaran dipercayai telah muncul dari sebuah pondok simpanan padi di belakang salah sebuah bilik rumah panjang berkenaan.

“Api yang muncul dari kawasan pondok simpanan padi berkenaan kemudiannya merebak ke bahagian belakang bilik salah seorang rumah panjang tersebut dan seterusnya ke seluruh bilik rumah panjang yang lain,” katanya.

Menyedari akan kemunculan api terbabit, para penduduk kemudiannya menurut beliau terus bertindak menghubungi pihak bomba yang datang kira-kira 20 minit kemudiannya untuk memadam api kebakaran berkenaan.

“Para penduduk hanya dapat menyelamatkan sebahagian kecil harta benda masing-masing berhubung kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah panjang kami ini,” katanya.

Terdahulu Rumah Panjang Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang yang dibina dalam bentuk separuh konkrit ini terletak kira-kira 15 kilometer dari simpang utama Jalan Batu Lintang.

Kejadian kebakaran yang tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa ini dipercayai telah menyebabkan seramai 100 orang penghuni rumah panjang di situ tinggal sehelai sepinggang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment