Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 November, 2011

Rayong cadang mahu anjur Badminton Engkilili Open tahun hadapan


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (tengah) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa persatuan dan peserta ketika berlangsungnya pertandingan tersebut hari ini.

- 27 Nov

Aktiviti sukan badminton di kalangan penduduk dalam kawasan Engkilili bakal diperhebatkan lagi dengan adanya penganjuran Badminton’s Engkilili Open di situ pada tahun hadapan.

Ia telah dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa kepada Utusan Sarawak selepas merasmikan penutupan Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman  di Dewan Serbaguna IPD Sri Aman hari ini.

“Saya sudah pun berbincang dengan para guru di sana (Engkilili) berhubung kemungkinan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa penganjur untuk pertandingan tersebut.

“Mereka akan mengumpul segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini sebelum maklumat itu disalurkan kepada saya selepas ini,” menurut beliau.

Badminton’s Engkilili Open berkenaan kata Rayong berkemungkinan akan diadakan sekitar bulan Januari atau Februari tahun hadapan dengan pertandingan itu dibuka untuk kategori Veteran dan bukan Veteran.

“Sama ada penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini terbuka untuk penyertaan penduduk di kawasan Sri Aman atau sampai ke Lubok Antu kelak ia terpulang kepada jawatankuasa terbabit selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini bakal mencungkil bakat sukan badminton dikalangan belia dalam kawasan DUN beliau pada masa akan datang.

Terdahulu Rayong menerusi Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 ini telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 kepada Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman.

Sejumlah 15 buah pasangan beregu menerusi lima buah pasukan iaitu Sri Aman, Kuching, Bintangor, Sibu dan Saratok mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Hadir sama ialah wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck, Pengerusi Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman, Zapar bin Sepawi dan AJK persatuan yang lain.

Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan pingat kepada pasukan juara, RM800 dan pingat kepada pasukan naib juara serta RM400 kepada pasukan pemenang tempat ketiga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment