Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

PTPL Sarawak meriahkan sambutan Raya Korban bersama penduduk Kampung Semerak



Caption:

1. BERSEDIA...Haji Dorhan sedang memulakan tugas menyembelih lembu korban sambil dibantu oleh pihak Kolej PTPL dan penduduk Kampung Semerak, Sadong Jaya.

2. SIBUK...Pelajar Kolej PTPL Sarawak sedang mengagih-agihkan daging lembu korban kepada penerima ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Rabu (9 Nov) – Kolej PTPL Sarawak tidak nyata ketinggalan untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan upacara ibadah korban di kolej terbabit baru-baru ini.

Pengetuanya Aidil Azdhar Abu Samah menerusi siaran berita hari ini memberitahu sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha di Kolej PTPL terbabit turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk dari Kampung Semerak, Sadong Jaya, Kota Samarahan.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Kolej PTPL Sarawak ini telah dibantu oleh 30 orang penduduk Kampung Semerak, Sadong Jaya, yang diketuai oleh Haji Dolhan bin Sobet.

“Kesemua penduduk membantu seramai 75 orang para kakitangan dan pelajar kolej untuk menyembelih dan melapah daging lembu korban yang disumbangkan oleh Presiden Kumpulan Kolej PTPL iaitu Profesor Dato Wira Dr Mohd Shukri Abdul Yajid,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa Management and Science University (MSU) turut menyumbangkan lembu korban bagi tujuan berkenaan dan secara tidak langsung telah menjayakan perlaksanaan Rukun Islam Ke-5 menerusi majlis itu.

Pada majlis itu, 30 orang penduduk kampung diketuai sendiri oleh Haji Dolhan Bin Sobet yang juga merupakan Imam di Masjid Kampung Semerak bersama-sama dengan 75 orang kakitangan Kolej PTPL Sarawak bergotong royong melaksanakan rukun islam yang ke 5.

Sementara itu Dolhan yang juga Imam Masjid Kampung Semerak berkata ia merupakan kali pertama penduduk kampung ini dijemput oleh pihak Kolej PTPL untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban sempena Sambutan Aidiladha.’

“Harapan saya ialah agar aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memberi manfaat kepada penduduk-penduduk kampung menerusi aktiviti seperti itu,” katanya.

Terdahulu majlis terbabit turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak daging korban untuk juadah tengahari di Kolej PTPL Sarawak itu oleh para kakitangan dan pelajar kolej tersebut.

Turut berlangsung ialah sesi penyerahan daging korban kepada SMK Penrissen No.1, SMK Bandar Samariang, SMK DPHA Gapor dan SMK Batu Lintang dan Rumah Anak Yatim Laila Taib.

Majlis penutupan majlis ini telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej PTPL Sarawak, Aidil Adzhar Abu Samah sambil disaksikan oleh Ketua Akademik, Bebe Yanti Mohamed dan Pengerusi Kelab Staff Kolej PTPL Sarawak, Siti Rohaya Mahmud.

Tamat.

No comments:

Post a Comment