Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Penjara Pusat Sri Aman meriahkan sambutan Hari Penjara Malaysia 2011



Caption:

1. PERIKSA...Mazlan sedang memeriksa barisan kawad ketika berlangsungnya sambutan Hari Penjara Malaysia bagi peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman kelmarin.

2. UNTUK ALBUM...Mazlan (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Penjara Pusat Sri Aman bersempena dengan sambutan Hari Penjara Malaysia kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (10 Nov) – Seramai 33 orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman telah menerima pingat dan sijil berhubung sumbangan mereka terhadap individu dan organisasi di sini kelmarin.

Kesemua penerima berkenaan telah menerima sijil terbabit bersempena dengan sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-162 bagi Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman di dewan jabatan berkenaan.

Mereka terdiri daripada 22 orang penerima Pingat Perkhidmatan Am, seorang penerima Pingat Ketua Pengarah Penjara (Perak), seorang penerima Pingat Pekerti Penjara, tiga orang penerima Pingat Bakti Penjara, empat orang penerima Pingat Am Penjara dan dua orang penerima sijil penghargaan.

Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, PKP Mazlan Md Yusof telah menyampaikan sijil dan pingat kepada semua penerima sebelum membacakan perutusan Ketua Pengarah Penjara Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Haji Zulkifli Omar pada majlis berkenaan.

Terdahulu sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-162 bagi Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman ini telah diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik demi memeriahkan suasana majlis berkenaan.

Sambutan yang telah berlangsung seminggu lebih awal itu telah diserikan dengan acara sukan dikalangan kakitangan, gotong–royong dalam kawasan persekitaran kediaman kakitangan dan program derma darah bagi acara kemuncak majlis.

Program derma darah yang mendapat kerjasama daripada pihak Hospital Bahagian Sri Aman itu menyaksikan seramai 30 orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman turun padang bagi menjayakan program itu.

“Hari Penjara Malaysia Ke-162 bagi Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman ini turut diteruskan dengan acara sukan bagi tetamu khas (VIP) pada waktu sebelum petang hari terakhir sambutan ini yang turut dihadiri oleh Mazlan,” kata jurucakap program.

Tamat.

No comments:

Post a Comment