Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 November, 2011

Peniaga Bumiputera sudah bersejarah lama - Naroden


Caption: TERIMA KASIH...Naroden (kanan) menerima cenderamata daripada Dr Zulkifli (kiri) sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (12 Sept) – Pembabitan golongan Bumiputera di Sarawak dalam bidang perniagaan sudah bersejarah lama demikian menurut Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Keusahawan Bumiputera) Datuk Haji Naroden Majais.

Katanya golongan Bumiputera di Sarawak seperti kaum Melayu dan Iban sudah mengamalkan perniagaan bercorak Butter Trade (pertukaran barangan) di kawasan ulu sungai negeri ini sebelum kedatangan James Brooke.

“Orang kita (Bumiputera Sarawak) sememangnya boleh digelar sebagai pedagang ‘global’ pada waktu itu memandangkan barangan kita diperdagangkan di Singapore sebelum dieksport ke India.

“Bagaimanapun perdagangan ini dihalang oleh Brooke selepas itu. Justeru penduduk Bumiputera Sarawak perlu meneruskan tradisi seperti ini dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan mula sekarang,” menurut beliau.

Beliau yang juga Menteri Muda Pengurusan Sumber berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Aidiladha Dan Program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera Orang Melayu di Dewan Mini Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Selain itu perniagaan berisiko besar kata Naroden juga sebenarnya juga boleh memberi keuntungan lebih banyak kepada peniaga yang berani menceburi perniagaan berkenaan selama ini.

“Perniagaan berisiko kecil akan memberi keuntungan kecil. Peniaga khasnya golongan Bumiputera perlu berani untuk menceburi bidang pernigaan yang berisiko besar jika ingin cepat maju selepas ini.

“Justeru penduduk Bumiputera yang berhasrat untuk menceburi bidang keusahawanan perlulah menimba ilmu pengetahuan dalam diri masing-masing agar mereka tidak mudah terpedaya di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Naroden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Persatuan Persaudaraan Melayu Bahagian Sri Aman / Betong.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak kawasan Lingga, Wan Madehi Wan Akir, Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Melayu Bahagian Sri Aman / Betong, Dr Haji Zulkifli Merawi, Temenggong Haji Abang Bohari Abang Zen dan ketua kaum di sini.

Tamat.
 f

No comments:

Post a Comment