Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun Ke-80 penubuhan SJK Chung HUa Pantu


Caption: KHAS UNTUKMU...Para kakitangan SJK Chung Hua Pantu menyerahkan kad jemputan kepada beberapa orang penaja Majlis Makan Malam SJK Chung Hua Pantu menerusi majlis ringkas di sini kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (9 Nov) – Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Pantu bakal mengadakan Majlis Makan Malam bersempena dengan Ulangtahun Penubuhan Ke-80 sekolah berkenaan pada 18 November ini.

Jurucakap penganjur berkata majlis makan malam ini telah dijayakan menerusi tajaan beberapa orang Ketua Masyarakat Kaum Cina dan bekas murid dari sekolah berkenaan sebelum ini.

“SJK Chung Hua, Pantu merupakan sebuah sekolah rendah di Pekan Pantu yang sudah bersejarah lama dalam mendidik dan melahirkan ramai individu-individu cemerlang semenjak 80 tahun lepas.

“Justeru pihak kami telah mengadakan majlis makan malam ini untuk meraikan Ulangtahun Penubuhan Ke-80 SJK Chung Hua Pantu kelak dikalangan penduduk dan bekas muridnya pada 18 November ini,” katanya.

Majlis makan malam di SJK Chung Hua Pantu yang bakal diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik ini katanya akan dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis.

Dijangka turut hadir pada majlis itu nanti katanya ialah Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan Dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Terdahulu Guru Besar SJK Chung Hua Pantu, Thien Ngee Ching dan Yang Dipertua PIBG SJK Chung Hua Pantu, Kiew Tian Sze telah menyerahkan kad jemputan kepada beberapa orang penaja majlis berkenaan kelmarin.

Antaranya ialah Penghulu Lee Shiang Hua (pemilik syarikat Inrun Motor Sendirian Berhad), Kapitan Kuek Aik Seng, peniaga iaitu Chai Sze Chin (bekas murid SJK Chung Hua Pantu) dan Tay Kay Hui (bekas guru besar SJK Chung Hua Pantu).

Tamat.


No comments:

Post a Comment