Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Kancil langgar motorsikal, Proton langgar Toyota


SRI AMAN, Khamis (10 Nov)  – Sebuah kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motorsikal telah berlaku berdekatan kawasan simpang jalan masuk menuju bangunan Lot 961, Jalan Hospital, Bandar Sri Aman tengahari kelmarin.

Sebelum berlakunya kejadian kemalangan itu, seorang remaja lelaki dipercayai sedang menunggang motorsikal menuju ke Temudok dari arah pusat Bandar Sri Aman setelah selesai melakukan urusannya di situ.

Ketika menghampiri simpang jalan masuk berkenaan, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang datang dari arah Temudok itu telah memasuki simpang terbabit secara tiba-tiba hingga melanggar remaja terbabit.

“Sebaik sahaja berlaku kemalangan itu, pemilik kereta Perodua Kancil itu kemudiannya berhenti di sebelah kedai jualan buku di simpang berkenaan dan mula bertindak memarahi si penunggang motorsikal berkenaan.

“Remaja lelaki itu tidak mengendahkan tindakan pemandu kereta itu dan menuding jarinya ke arah Balai Polis Sri Aman sambil menelefon rakan-rakan dan saudaranya berhubung kejadian itu,” katanya.

Bagaimanapun sebuah kereta jenis Toyota yang secara kebetulan melintasi kawasan kemalangan terbabit kemudiannya bertindak membrek kenderaan secara tiba-tiba dipercayai mahu melihat kejadian terbabit.

Tindakan pemandu kenderaan Toyota terbabit menyebabkan sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal membrek kenderaannya sehingga melanggar bahagian belakang kereta Toyota itu.

“Dua orang anggota polis kemudiannya tiba untuk menyelesaikan kejadian kemalangan itu. Pemilik kenderaan Perodua Kancil terbabit akhirnya setuju membaiki motorsikal milik remaja tersebut di sebuah bengkel yang berdekatan,” kata sumber.

Tamat.




No comments:

Post a Comment