Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 November, 2011

JKR Sri Aman jayakan kempen derma darah

Caption: TURUN PADANG...Cassidy (belakang dua kiri) ketika bersama kakitangannya memantau perkembangan aktiviti saringan kesihatan bersempena dengan program itu hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (4 Nov) – Seramai 21 orang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman telah turun padang bagi menderma darah menerusi Majlis Dialog Bersama Kakitangan yang berlangsung dewan serbaguna jabatan terbabit hari ini.

Jurucakap penganjur memberitahu aktiviti derma darah anjuran Kelab Shecom dan Kelab Sokanjaya JKR Bahaguian Sri Aman itu turut dijayakan menerusi kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman.

“Tujuan utamanya ialah untuk membantu pihak Hospital Bahagian Sri Aman mengisi bekalan darah di dalam tabung darah institusi perubatan berkenaan bagi kegunaan pesakit selepas ini.

“Dengan adanya program seumpama ini pihak kita berharap agar lebih ramai pihak untuk tampil menderma darah di Hospital Sri Aman untuk sepanjang masa selepas ini,” menurut beliau.

Beliau juga berharap agar kempen derma darah ini akan menimbulkan kesedaran orang ramai khasnya dikalangan kakitangan JKR Bahagian Sri Aman untuk membantu para pesakit yang memerlukan bekalan darah di masa akan datang.

Terdahulu Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sri Aman iaitu Cassidy Morris telah mennyampaikan dialog kepada 300 orang kakitangan JKR Bahagian Sri Aman yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Majlis terbabit kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Kesihatan yang dikendalikan Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman sebelum aktiviti derma darah diadakan menerusi majlis berkenaan.

Majlis yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari itu turut menyaksikan Cassidy bersama Jurutera Bekalan Air JKR Sri Aman iaitu Oliver Ngabong Jimmy turun padang bagi menderma darah dalam aktiviti berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment