Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 November, 2011

Ibubapa berpendapatan rendah yang ada anak OKU perlu register anak ke Jabatan Kebajikan - Mong


Caption: PRIHATIN...Mong (belakang tiga kanan) bersama tetamu khas merakamkan gambar kenangan bersama penerima kerusi roda bersempena dengan majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (5 Nov) – Ibubapa khasnya mereka yang berpendapatan rendah digesa untuk mendaftar anak Orang Kelainan Upaya (OKU) masing-masing ke jabatan kebajikan selepas ini.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan Dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kesedaran Mengenai Hak Dan Kebajikan OKU di Hotel Hoover Sri Aman hari ini.

Menurut beliau tindakan berkenaan akan membolehkan kebajikan hidup golongan OKU ini dipantau dan seterusnya dijaga oleh kerajaan menerusi agensi-agensinya dari masa ke semasa.

“Golongan OKU ini juga akan dilatih oleh kerajaan bagi mengisi kekosongan kerja di dalam sektor awam atau swasta sesuai dengan kemahiran yang telah mereka kuasai sebelum itu.

“Dengan langkah ini maka golongan OKU akan mempunyai masa depan. Atas sebab ini ibubapa harus tidak segan untuk mendaftar anak OKU masing-masing ke jabatan kebajikan selepas ini,” katanya.

Selain itu ibubapa berpendapatan rendah kata Mong juga terpaksa menanggung kos belanja yang lebih tinggi serta hilang keupayaan untuk menjaga anak OKU masing-masing jika mereka sudah tua kelak.

Justeru beliau berharap agar ketua masyarakat di negeri ini turun padang bagi membantu ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU untuk mendaftar mereka ke jabatan kebajikan pada masa akan datang.

Terdahulu Mong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2011 bernilai RM5,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak (POCS).

Hadir sama ialah Pengerusi POCS, Jatan Kidu dan timbalannya Donald Law Hieng Sui, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak, Mordiah Haji Sulaiman, Penolong Pengarah JKM Bahagian Betong, Sharifah Ranimah Wan Ashim dan Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi.

Terdahulu seminar ini telah dijayakan menerusi persembahan tayangan  OKU di tempat kerja dan ceramah mengenai hak dan kebajikan OKU, peluang pekerjaan,  aksesibiliti OKU serta ke arah mendayaupayakan OKU dalam masyarakat.

Ia turut diserikan lagi dengan upacara penyerahan kerusi roda kepada beberapa individu OKU terpilih dari sekitar kawasan Sri Aman ini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment