Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 November, 2011

Guru perlu lengkap diri dengan ilmu - Rayong

Caption: TAHNIAH...Rayong sedang menyampaikan sijil kepada seorang kanak-kanak sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu.

ENGKILILI, Selasa (8 Nov) – Guru perlu menyediakan diri dengan ilmu pendidikan yang cukup tinggi dan meluas sebelum memulakan kewajipan mereka untuk mendidik anak-anak selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah KEMAS P.203 Lubok Antu di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili hari ini.

Katanya seseorang guru itu perlu dilengkapi dengan ilmu dari pelbagai sumber demi membolehkan anak-anak mempunyai pengetahuan yang cukup luas ketika menempuh pembelajaran di sekolah dari masa ke semasa.

“Usaha ini secara tidak langsung akan membolehkan anak-anak mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan modal insan berkualiti tinggi di masa akan datang,” katanya.

Selain itu anak-anak kata Rayong juga perlu diberikan pendidikan awal pada peringkat usia muda mereka di tabika atau taska sebagai persediaan penting untuk melangkah ke sesi pembelajaran sekolah rendah selepas itu.

Justeru ibubapa kata beliau haruslah memikul tanggungjawab penting untuk mengalakkan anak-anak belajar di tabika atau taska agar mereka boleh melangkah ke alam pembelajaran sekolah rendah dengan ilmu asas pendidikan yang lengkap.

“Pujian harus diberikan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di atas usaha mereka bagi menyalurkan ilmu pendidikan ke kawasan pedalaman negeri bermula dari dahulu hingga sekarang,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Penyelia Kanan KEMAS Lubok Antu, Kumpang anak Datuk Tutong, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Lolita Jamie Nicholas, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Desa Sarawak, Langgi Riban.

Rayong menerusi majlis penyampaian hadiah berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar atau MRP bernilai RM5,000 kepada KEMAS Daerah Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment