Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 November, 2011

Calon SUPP yang pernah tewas dalam PRU tidak harus dikitar semula - Resolusi SUPP Engkilili


Caption: 1 MALAYSIA...Rayong (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersama muka baru SUPP cawangan Engkilili sebaik sahaja selesai mesyuarat terbabit.

ENGKILILI, Rabu (9 Nov) – Calon-calon daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang tewas dalam pilihan raya sebelum ini tidak harus dikitar semula untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Ia merupakan resolusi pertama yang dibentangkan oleh SUPP cawangan Engkilili ketika berlangsung mesyuarat pemilihan jawatankuasa cawangan parti berkenaan di pejabat cawangan parti tersebut di Engkilili hari ini.

Cawangan parti berkenaan juga turut membentangkan resolusi kedua iaitu para ahli yang telah diistyiharkan bankrap sebelum ini juga sepatutnya hilang kelayakan untuk menjadi ahli SUPP.

Hasil mesyuarat terbabit juga turut menyaksikan ahli SUPP cawangan Engkilili sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Dato Sri Wong Soon Koh untuk bertanding merebut jawatan presiden parti pada Mesyuarat Tahunan Perwakilan (TDC) pada bulan Disember ini.

Mereka juga menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Lee Kim Shin untuk bertanding merebut jawatan Setiausaha Agung dengan Datuk Francis Harden Hollis sebagai Timbalan Presiden parti terbabit.

Terdahulu Pengerusi SUPP cawangan Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa ketika berucap pada mesyuarat itu berharap agar SUPP akan menjadi lebih demokrasi sebaik sahaja selesai TDC ini nanti.

Beliau juga berharap agar pertandingan merebut jawatan parti itu akan berlangsung dalam suasana aman demi menyatu-padukan semua ahli bermula dari peringkat akar umbi hingga pusat.

“Justeru diharap agar mereka yang memenangi jawatan dalam SUPP selepas TDC kelak mampu memulihkan semula kekuatan parti selepas ini,” katanya sambil menambah bahawa orang berkemampuan juga berpeluang untuk bertanding merebut jawatan dalam parti.

Terdahulu mesyuarat pemilihan jawatankuasa cawangan parti berkenaan menyaksikan SUPP cawangan Engkilili dibarisi sebanyak 80 peratus muka baru yang terdiri daripada orang muda serta bertenaga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment