Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 November, 2011

Part 7 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Ketika DUN tidak bersidang, penulis ambil kesempatan untuk mengambil gambar bangunan Disneyland ni walaupun tak nampak macam Disneyland


Dulu, penulis pernah kumpul 5 guni lada untuk take over Hotel Hilton ni tapi tauke dia cakap tak cukup.


Ini suasana kaki lima Waterfront Kuching. Ada seorang budak tersengih penulis ambil gamba. Perasan tol la. Orang ambil gamba jalan bukan muka dia.


Dia ni geng penulis semenjak sekolah. Dia jadi wartawan Utusan Malaysia di Kuching. Sopi Samaile nama dia. Walaupun muka dia macam mangkok tapi dia pandai bela unta dan gajah Borneo. Dua juga ada membela lipan. Cayalah.

Part 6 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Sebuah bot lumba berkuasa 100 CC sedang sarat membawa penumpang menyusuri Sungai Sarawak.


Inilah suasana ruang legar dan kaunter utama Rafflesia Lodge. Bilik pertama itu bilik pentadbiran dan bilik kedua itu berfungsi untuk meneropong itit sambil memakan karipap.



Dinding juga dihiasi dengan terabai, bakul dan baju milik seorang negro yang
 pernah menginap di sini dahulu.



Lagi gambar bot lumba berkuasa 100 CC sedang menyusuri Sungai Sarawak. Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan, bot itu pernah jadi champion Kejohanan Lumba Itit Terbuka Sepanyol pada awal tahun ini.. Tahniah. 

Kumpulan Koir Saint Luke jayakan aktiviti Carolling sempena Krismas di Batu Lintang

Caption: UNTUK ALBUM...Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke yang diketuai oleh Reverend Jackson Jarau (gambar kecil) bergambar kenangan ketika melaksanakan aktiviti Carolling di Batu Lintang, Sri Aman hari ini. Foto: AUDREY JACKSON

SRI AMAN, Isnin (28 Nov) – Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke sedang melaksanakan aktiviti Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah (Carolling) di kawasan Batu Lintang dan Ulu Undop, Sri Aman hari ini.

Jurucakapnya memberitahu aktiviti Carolling sempena sambutan Krismas di Batu Lintang dan Undop itu turut mendapat kerjasama Saint Peter Chapel dari kawasan berkenaan.

“Kumpulan Koir Krismas bagi Zon Saint Luke yang diketuai oleh Reverend Father Jackson Jarau dan 20 orang anggotanya ini sudah memulakan aktiviti Carolling semenjak awal bulan ini.

“Antara kawasan yang telah kami kunjungi bersempena dengan aktiviti berkenaan adalah Bayai, Jengking, Sungai Raya dan Lubok Antu sebelum ia berakhir pada di Langkong, Batang Ai pada 30 November ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa aktiviti Carolling ini akan memeriahkan lagi sambutan perayaan Hari Krismas dikalangan penganut Kristian Anglican pada 25 Disember ini nanti.

“Justeru kami berharap agar Koir Sambutan Krismas Dari Rumah Ke Rumah ini akan dapat diadakan semula bersempena dengan sambutan Hari Krismas tahun hadapan di kawasan kampung berkenaan,” katanya.

Terdahulu Carolling merupakan satu upacara sembahyang dari rumah ke rumah anjuran pihak gereja bagi memberkati ahli keluarga Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas pada setiap tahun.

Tamat.

Tuai Rumah di Sri Aman dinasihat jaga keselamatan rumah panjang masing-masing

Caption:  PRIHATIN...Masir (kanan) menyampaikan cek bantuan kepada Tr Jegai (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Francis Harden (tiga kiri) dan ahli rombongan yang lain ketika melawat tapak kejadian kebakaran di situ kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (28 Nov) – Semua Tuai Rumah dalam kawasan Sri Aman dinasihat agar sentiasa mengingatkan anak-anak buah masing-masing untuk menjaga keselamatan rumah panjang mereka dari kejadian kebakaran selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika melawat berhubung kejadian kebakaran yang memusnahkan Rumah Panjang Jegai anak Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang pada petang Sabtu lepas.

“Kes kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah panjang Jegai ini sememangnya amat dikesali sehingga ia menyebabkan seramai 68 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang berhubung kejadian itu.

“Atas sebab ini saya menasihatkan para Tuai Rumah untuk mengadakan satu mesyuarat khas bersama penghuni rumah panjang bagi membincangkan langkah tepat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penghuni rumah panjang agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan api yang boleh menimbulkan risiko kejadian kebakaran di masa akan datang.

Terdahulu Masir yang telah mengadakan tinjauan ke tapak kejadian kebakaran itu mengumumkan bantuan khas sara hidup bernilai RM500 bagi setiap 17 buah keluarga mangsa kejadian kebakaran.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan tambahan bernilai RM30,000 untuk membantu mangsa kebakaran di situ membeli peralatan bagi membina rumah panjang yang baru.

Manakala itu Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan iaitu Datuk Francis Harden Hollis yang hadir sama dalam lawatan itu berjanji akan mencari tapak tanah bagi tujuan pembinaan semula rumah panjang berkenaan.

Tamat.


27 November, 2011

Part 5 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Aku dan Hamimi stay dekat Logde Rafflesia dekat-dekat Waterfront.

Hamimi : "Itit dikesan! Jom snap gamba,"


Malam tu penulis sempat ambil pic DUN baru. Pakai koleksi dan buat poster untuk tampal sebelah poster Metallica di dinding bilik agar nampak patriotik hehehe.


Gambar ini diambil ketika penulis terjun dari balkoni Rafflesia Logde untuk mendapatkan effect dan angle gambar yang cantik lagi menawan.


Hamimi Kassim (Utusan Sarawak, Betong) sedang mengisi peluru dalam dia punya kamera.


Pic ni diambil pada hari Sabtu. DUN tak bersidang time ni. 


Hamimi : "Itit dikesan !! Gamba lah,"

Part 4 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Florence Ngenta (Sarawak Tribune, Sibu) : "Susah mahu dapat peluang bergambar dalam lif DUN ni, kan Hamimi?"

Hamimi Kassim (Utusan Sarawak, Betong): "Lepas ni kita pergi toilet bergamba kenangan di sana, all right?"


Hamimi : "Jom gamba gamba di sini pakai kenangan semasa tua,"

Florence : "Tua membawa berkat,"


Aku : "Apa macam? ada nampak tokoh korporat?"

Florence : "Tiada. Nampak macam kerparat ada lah. Jom gamba,"


Hamimi : "Lif ini akan membawa kita ke bumbung,"

Florence : "Di bumbung ada swimming pool tak?"


Kereta untuk dijual. Harga Malaysia RM14 sekilo. Harga Indon Rupiah 200 juta. Harga India Rupee 400 X 50 sen sekilo.

Part 3 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Chong Chien Jen (DAP - Kota Sentosa) : "Speaker, saya baru berdiri mau cakap, kenapa terus marah saya maa...???"

Speaker (tidak kelihatan): "Belum cakap? Ok, cakap sekarang,"


INi senario bilik media ketika sidang DUN di tangguhkan. TV pamer gambar jam. Reporter lain semua pergi 'nyekik' - S. Shamsuddin, Bujang Lapok 


Jika melangkah ke dalam DUN, kita akan melihatkan pemandangan kawasan ini.

 Dari kiri ke kanan:

Cristina Ulau (Utusan Sarawak), Sopi Samaile (Utusan Malaysia)dan Hamimi Kassim (Utusan Sarawak)


Reporter 1 : "Dengar! YB tu sebut pasal kenaikan harga unta di India Street,"

Reporter 2 : "Macam mana dengan harga gajah? Ada sebut?"

Part 2 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching



Kita mestilah bergaya korporat agar nampak keparat.


Inilah suasana ibupejabat Utusan Sarawak di Kuching.

Faizal Bujang (baju hijau) : "You molah (buat) cerita apa Jiz?"

Aziz Drahman (duduk nampak kepala) : "I molah news asuk (anjing) kena langgar lori. Terberak-berak asuk ya koh,"

Faridah Hanim (Secretary) : "Uihh, dasyhat nar juak news ya. Esok memang laris paper,"


Hamimi Kassim, Utusan Sarawak cawangan Betong :"Aih? Mana datang bau durian ni?

Pakcik sampan : "Sorry anak, i makan durian tadi. Baru tadi i kentut,"


Pemandangan dari tingkat 9, DUN 

Part 1 - When I'm going for DUN (14 - 23 November) di Kuching


Inilah rupa pemandangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Kos bina DUN ini around RM370 juta rasa-rasa aku lah.


Yang paling kerap masuk ke bilik media ialah para barisan YB - YB ini. Yang amoi cantik belakang tu pun YB jugak.


Lagi rupa DUN baru dari sudut lain. 


YB (dalam TV) : "Bla bla bla bla blaaaa..uhuk uhuk,"

Wartawan 1 : "Dia cakap apa? Tada faham lah,"

Wartawan 2 : "Dia cakap malam tadi dia jual karipap tada orang beli,"

Wartawan 3 : "ZZzzzZzzzzz,"


Rayong cadang mahu anjur Badminton Engkilili Open tahun hadapan


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (tengah) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa persatuan dan peserta ketika berlangsungnya pertandingan tersebut hari ini.

- 27 Nov

Aktiviti sukan badminton di kalangan penduduk dalam kawasan Engkilili bakal diperhebatkan lagi dengan adanya penganjuran Badminton’s Engkilili Open di situ pada tahun hadapan.

Ia telah dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa kepada Utusan Sarawak selepas merasmikan penutupan Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman  di Dewan Serbaguna IPD Sri Aman hari ini.

“Saya sudah pun berbincang dengan para guru di sana (Engkilili) berhubung kemungkinan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa penganjur untuk pertandingan tersebut.

“Mereka akan mengumpul segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini sebelum maklumat itu disalurkan kepada saya selepas ini,” menurut beliau.

Badminton’s Engkilili Open berkenaan kata Rayong berkemungkinan akan diadakan sekitar bulan Januari atau Februari tahun hadapan dengan pertandingan itu dibuka untuk kategori Veteran dan bukan Veteran.

“Sama ada penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini terbuka untuk penyertaan penduduk di kawasan Sri Aman atau sampai ke Lubok Antu kelak ia terpulang kepada jawatankuasa terbabit selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa penganjuran Badminton’s Engkilili Open ini bakal mencungkil bakat sukan badminton dikalangan belia dalam kawasan DUN beliau pada masa akan datang.

Terdahulu Rayong menerusi Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 ini telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 kepada Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman.

Sejumlah 15 buah pasangan beregu menerusi lima buah pasukan iaitu Sri Aman, Kuching, Bintangor, Sibu dan Saratok mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Hadir sama ialah wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck, Pengerusi Persatuan Badminton Bahagian Sri Aman, Zapar bin Sepawi dan AJK persatuan yang lain.

Pertandingan Badminton Berpasukan Terbuka Sri Aman 2011 ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan pingat kepada pasukan juara, RM800 dan pingat kepada pasukan naib juara serta RM400 kepada pasukan pemenang tempat ketiga.

Tamat.

Rumah Panjang Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop hanggus dijilat api






Caption: MUSNAH...Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Batu Lintang musnah dalam kejadian kebakaran sekitar jam 4 petang hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (27 Nov) – Sejumlah 17 buah keluarga dari Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku di situ hari ini.

Sumber dari lokasi kejadian berkenaan memberitahu kejadian kebakaran yang memusnahkan seluruh bahagian rumah panjang berkenaan telah bermula sekitar jam 4 petang hari ini.

Seorang penduduk di situ ketika dihubungi berhubung kejadian terbabit mendakwa api kebakaran dipercayai telah muncul dari sebuah pondok simpanan padi di belakang salah sebuah bilik rumah panjang berkenaan.

“Api yang muncul dari kawasan pondok simpanan padi berkenaan kemudiannya merebak ke bahagian belakang bilik salah seorang rumah panjang tersebut dan seterusnya ke seluruh bilik rumah panjang yang lain,” katanya.

Menyedari akan kemunculan api terbabit, para penduduk kemudiannya menurut beliau terus bertindak menghubungi pihak bomba yang datang kira-kira 20 minit kemudiannya untuk memadam api kebakaran berkenaan.

“Para penduduk hanya dapat menyelamatkan sebahagian kecil harta benda masing-masing berhubung kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah panjang kami ini,” katanya.

Terdahulu Rumah Panjang Jegai Jawa, Sungai Purai, Undop, Batu Lintang yang dibina dalam bentuk separuh konkrit ini terletak kira-kira 15 kilometer dari simpang utama Jalan Batu Lintang.

Kejadian kebakaran yang tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa ini dipercayai telah menyebabkan seramai 100 orang penghuni rumah panjang di situ tinggal sehelai sepinggang.

Tamat.

Penutup besi di Kampung Hilir dicuri


Caption: PERLU TINDAKAN...Kemunculan lubang besar yang dalam berhubung kecurian besi penutup di situ boleh menimbulkan risiko kemalangan jalan raya di situ selepas ini.

SRI AMAN, Sabtu (26 Nov) – Sikap rakus dan tamak manusia terhadap harta benda kerajaan yang mempunyai nilai harga tertentu di pasaran sememangnya boleh mengundang bahaya kepada orang lain.

Bahaya akibat sikap tamak golongan tidak bertanggungjawab ini boleh dilihat apabila penutup besi jalan di Kampung Hilir, Sri Aman dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab semenjak seminggu lepas.

Penutup besi sepanjang 50 sentimeter persegi berkenaan terletak di tengah jalan menuju ke Lingga dan seterusnya boleh mengundang bahaya kepada mana-mana kenderaan terutama sekali motorsikal yang lalu lalang di kawasan tersebut.

“Saya yakin tayar kenderaan seperti Perodua Kancil, Proton Saga dan lain-lain kenderaan bersaiz sederhana boleh tenggelam di dalam lubang berkenaan apatah lagi kenderaan seperti motorsikal.

“Lubang seperti ini boleh menimbulkan kerosakan yang besar terhadap kereta. Namun jika motorsikal yang melanggar, saya yakin penunggang mungkin boleh terpelanting ke atas dada jalan selepas itu,” kata seorang pengguna kenderaan iaitu Morgan.

Pengguna kenderaan dari kawasan Lingga yang mahu menuju ke Sri Aman katanya akan menanggung risiko kemalangan yang lebih besar selepas ini terutama sekali ketika waktu malam.

Sementara itu seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan di sini memberitahu belum ada sebarang kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku berhubung kehilangan penutup besi berkenaan.

“Itu tunggu masa saja. Sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk menutup semula lubang pada jalan berkenaan saya yakin akan ada kemalangan jalan raya berlaku di situ selepas ini,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang lebih mengutamakan keuntungan diri masing-masing berbanding dengan nyawa pengguna jalan raya di sini berhubung kejadian itu.

Tamat.

JKKK perlu dibarisi muka senior dan muka junior - Harden

Caption: RASMI...Datuk Harden (tengah) sambil diapit oleh Tr Umbek (kanan beliau) bersama ahli JKKK yang lain ketika menyempurnakan acara memotong kek berkenaan malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (26 Nov) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu terdiri daripada barisan muka lama dan baru selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Dengan cara ini sesebuah JKKK berkenaan katanya akan lebih cepat maju dan berdaya saing berdasarkan kepada penggabungan pemikiran, cara dan langkah kerja antara dua buah generasi berkenaan selepas itu.

“Generasi muda yang berintelektual dan mahir menggunakan kemudahan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat (ICT) sebenarnya boleh diserap masuk dalam sesebuah JKKK berkenaan.

“Kehadiran mereka akan memantapkan lagi sesebuah JKKK terbabit dengan para barisan pemimpinnya dibarisi oleh golongan veteran yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran sebelum itu,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam bersempena dengan Ulangtahun Ke-10 penubuhan JKKK Kampung Dayak Kejatau, Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga menasihatkan semua ahli JKKK dalam kawasan ini untuk mengenepikan kepentingan diri masing-masing demi memajukan lagi pertubuhan mereka di masa akan datang.

“Tidak boleh wujud sikap berpuak-puak dalam sesebuah JKKK itu kerana ia secara tidak langsung akan memudaratkan lagi hubungan antara para ahli dalam pertubuhan berkenaan.

“Justeru untuk memastikan JKKK maju, semua para ahli termasuk barisan pemimpin perlu bersatu-hati dan mengamalkan semangat kekitaan tanpa mengambil kepentingan diri selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kanselor Jimmy Chong, Pengerusi JKKK Kampung Dayak Kejatau, Tr Umbek Achat dan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh Sri Aman, ACP (Bersara) Jeffery Peron.

Majlis yang turut diserikan dengan upacara simbolik memotong kek ulangtahun, penyampaian insentif dan nyanyian karaoke itu menyaksikan Harden mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 bagi tahun 2012 kepada JKKK berkenaan.

Tamat.

Kelas Pendidikan Bina Insan KEMAS, Batang Sadong anjur Program Bakat

Caption: TAHNIAH...Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diperhatikan oleh Kadir (tengah) dan Yaman (kiri sekali) pada majlis itu baru-baru ini.

SIMUNJAN, Sabtu (26 Nov) - Kelas Pendidikan Bina Insan KEMAS, Batang Sadong telah mengadakan Program Bakat dan Khidmat Bakti Menyusuri Perjalanan peringkat DUN Simunjan bertempat di Dewan Setia MDS, Simunjan baru-baru ini.

Timbalan pengerusi program ini Bolkiah binti Sedik berkata aktiviti yang julungkali diadakan ini melibatkan lebih 100 orang peserta dari lima buah Kelas Bina Insan di kawasan Simunjan.

Lima buah Kelas Bina Insan dari Simunjan yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Kelas Bina Insan Kampung Nanas, Kampung Sageng Hulu, Kampung Sageng Hilir, Kampung Keleka dan Kampung Hijrah.

“Pelbagai jenis aktiviti telah diadakan bersempena dengan perlaksanaan program ini antaranya ialah Pertandingan Hafazan Ayatul-Kursi, Pertandingan Penulisan Jawi, persembhan Berzikir dan nyanyian Nasyid.

“Justeru pihak kami berharap agar program berkenaan dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan para peserta disamping membolehkan mereka menimba ilmu pengetahuan yang berguna selepas ini,” katanya.

Sementara itu aktiviti yang berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Penyelia Khas Pendidikan Bina Insan KEMAS Sarawak iaitu Ustaz Ismail Maharuf selaku mewakili Pengarah KEMAS Sarawak.

Beliau menerusi majlis itu berkata program ini banyak memberi kebaikan dengan KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) sebagai sebuah wakil agensi kerajaan akan terus bertindak mentransformasikan hidup rakyat agar terus maju pada masa akan datang.

Manakala Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Batang Sadong, Abdul Kadir Drim, pula berkata program ini dapat menonjolkan kemahiran, kefahaman serta pengetahuan para peserta dalam mengamalkan sistem dan kaedah asas ilmu Al-Quran yang betul.  

Terdahulu Zaleha Lipin dari Kelas Bina Insan Kampung Keleka muncul Johan dalam Pertandingan Hafazan Ayatul-Kursi dengan Norashikin Konam dan Hasanah Suoot dari Kampung Sageng Hilir muncul pemenang naib johan dan tempat ketiga bagi kategori itu.

Pertandingan Penulisan Jawi pula telah diungguli oleh Jenah Jemali dari Kampung Keleka manakala Jelita Jali dan Noraini Piee dari Kampung Sageng Hilir mendapat tempat kedua dan ketiga.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Ismail Maharuf sambil disaksikan oleh Penyelia Bina Insan KEMAS Batang Lupar, Yaman Madian, para pegawai  kanan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

Musim durian kembali lagi

Caption: REZEKI TAMBAHAN...Penduduk kampung kelihatan menjual durian di kawasan Stesen Bas Sri Aman hari ini.

PANTU, Jumaat (25 Nov) – Musim durian kembali melanda kawasan Sri Aman namun kali ini dilihat lebih hebat berbanding dengan musim raja buah yang pernah melanda kawasan ini berbanding bulan September lalu.

Ia terbukti apabila aktiviti jualan buah berkenaan sudah bermula di kawasan Pantu, Pasar Lachau, Kampung Rapak, Kampung Punggu, Kampung Gua, Kampung Melugu Tembawai hingga ke kawasan pusat Bandar Sri Aman semenjak tiga hari lepas.

Seorang penduduk ketika ditemui hari ini memberitahu harga buah durian masih berada pada paras harga lamanya iaitu ketika musim raja buah terbabit sekitar bulan September lepas.

“Kami masih menjual pada harga RM15 hingga RM20 bagi tiga biji buah durian yang bersaiz sederhana manakala RM10 sebiji bagi duah durian yang bersaiz besar kepada peminat raja buah berkenaan,” kata James Biong dari Punggu, Pantu.

Katanya raja buah ternyata masih diminati oleh ramai penduduk di negeri ini sehingga ada di antara mereka yang sanggup membeli buah berkenaan dalam kuantiti yang agak banyak.

Sementara itu Belly Mabong dari Simunjan ketika ditemui memberitahu bahawa kawasan perkampungannya kini sudah menjadi tumpuan pemborong durian yang datang membeli durian mereka pada harga RM5 sebiji.

“Musim durian sebenarnya sudah bermula. Tetapi buat masa sekarang kebanyakkan dusun buah berkenaan masih menggugurkan buah yang rosak atau dipanggil ‘kubuk’ dikalangan penduduk Iban.

“Saya yakin musim buah durian akan menjadi lebih hebat selepas dua atau lima hari nanti  dengan semua dusun di perkampungan Simunjan mula menggugurkan buah durian yang sudah masak,” katanya.

Tamat.






Jaga kebersihan restoran demi imej Bandar Sri Aman - Harden


Caption: TERIMA KASIH...Harden (enam kiri) sedang menyaksikan upacara penyerahan cek antara pihak Food Court dan penerima Tadika Simanggang bersempena dengan majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (25 Nov) – Utamakan kebersihan premis makanan masing-masing demikian nasihat Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis kepada peniaga restoran makanan dalam Bandar Sri Aman.

Katanya kebersihan dan kecantikkan sesebuah restoran makanan terbabit secara tidak langsung akan memberi imej positif terhadap Bandar Sri Aman dikalangan penduduk dan pengunjung tempatan ke bandar ini selepas itu.

“Lagipun Bandar Sri Aman kini sudah menjadi tumpuan pelancong asing yang datang ke sini untuk menyaksikan fenomena Benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman pada setiap masa.

“Bandar ini yang sudah dianggap sebagai Bandar Benak berdasarkan kepada produk alam semulajadinya memerlukan kerjasama daripada semua peniaga untuk menjaga kebersihan restoran masing-masing ketika kedatangan pelancong terbabit kelak,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Food Court di Bandar Baru Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan penduduk untuk terus menjaga kebersihan di sini agar Bandar Sri Aman wajar digelar sebagai Bandar Benak dikalangan pelancong asing pada masa akan datang.

“Saya tidak rasa bandar ini (Sri Aman) terus mendapat jolokkan sebagai Bandar Benak jika ia dilihat amat kotor dan menjelekkan dikalangan pelancong asing dan pelancongan tempatan.

“Justeru kebersihan Bandar Sri Aman perlu diutamakan jika penduduk mahu melihat status ekonomi yang dihasilkan menerusi produk pelancongan di sini meningkat pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ini turut diserikan dengan aktiviti kutipan derma untuk membina sebuah Tadika Simanggang yang baru anjuran Sri Aman Food Court.

Tamat.

Masjid Babusalam, Kampung Serabang terima bantuan dari Tabung Baitulmal Sarawak

Caption: IKHLAS...Alamshah (kiri) menyampaikan bantuan kepada Sapiee (kanan) sambil disaksikan oleh Shamshul (dua kiri) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

BETONG, Jumaat (25 Nov) - Pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Pejabat Cawangan Sri Aman menyampaikan bantuan kelengkapan asas masjid kepada Masjid Babussalam, Kampung Serabang, Betong kelmarin.

Ketua Unit Pendaftaran Wakaf TBS, Wan Alamshah bin Wan Senawi menerusi perbincangan dan taklimat pada majlis itu berkata masyarakat am perlu mengetahui  selok-belok pendaftaran wakaf selepas ini.

Keberhasilan wakaf jelas beliau pada hakikatnya amat bermanfaat pada seluruh umat Islam jika kefahaman mengenai perkara ini benar-benar tertunjam dalam buah pembicaraan harian masing-masing.

“Bertitik tolak dari situlah kesan wakaf mula dirasai dan entiti masyarakat secara tidak langsung akan bergerak memainkan peranan masing-masing dalam memastikan wakaf sentiasa seiringan dengan peredaran zaman,” katanya.

Manakala Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri Manap selaku Ketua Zon Selatan, berkata bahawa bantuan yang disalurkan oleh mana-mana pihak perlulah diaplikasi dengan cara menguntungkan masyarakat Islam dan bukannya membuka ruang pertelagahan sesama sendiri.

Ini kerana terdapat segelintir jawatankuasa pengurusan dalam sesebuah entiti Islam katanya berbalah akan sesuatu kemudahan yang telah diberikan dengan alasan remeh walaupun terdapat keutamaan yang lebih besar untuk disaring.

“Hal seperti ini akan menimbulkan ketidakselesaan terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang bantuan kepada mereka selepas itu sehingga melahirkan keresahan banyak pihak terutama bagi mereka yang memerlukan bantuan dan pertimbangan,” katanya.

Shamsul menerusi majlis itu menasihatkan semua pihak agar mencontohi tauladan sesebuah badan Islam yang telah memainkan peranan masing-masing dengan penuh berkhemah ketika mengendalikan bantuan berkenaan.

“Sayugia diingatkan bahawa manfaat sebenarnya bukan diukur dari jumlah peralatan yang diperolehi menerusi bantuan terbabit tetapi menerusi aktiviti usahasama yang membawa kebaikan kepada semua masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu majlis penyampaian peralatan yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Babussalam, Kampung Serabang itu telah diketuai oleh Pengerusi Pengurusannya iaitu Sapiee Ludin.

Tamat.

24 November, 2011

Laporan lanjut tentang kes kejadian Jalan Runtuh di Temudok Sri Aman

Saudara saudari.

Diari dan laporan menyeluruh mengenai kes jalan runtuh di Temudok, Sri Aman pada minggu lepas boleh saudara / saudari layari di laman web http://www.nadai.name

Part 3 = Sekitar Pelancaran Pemerindang Recording Studio, Sri Aman


Lakuang Ading : "Ok, win i main kod M, kita main lagu Iron Maiden tajuknya Mak Minah Jual Karipap Di Pasar Tamu... 1..2..3.. nyippp,"

Edwin : "Lagu apa tu? ah, iron maiden pun iron maiden lah,"


Jones Mukan : "Erm.... semua pelanggan dijemput makan makan minum minum dan tumbuk tumbuk di sini,"

Joshua Ijau : "Aik... kan i cameraman di sini? kenapa u snap i gamba??"


Ruth Ampong  (baju belang) : "Hi adik masin, jom gamba ngan akak,"

Adik masin : "Erm.. mari gamba i dan peminat i,"

Majory : "Adik masin datang dari mana? tak jemput pun? ok, jom kita gamba,"


Mathew : "Inilah skill baru i bergamba... cepat snap snap.. i tutup mata ni,"

Kopi Peng : "Lantak u lah di situ. Janji i bahagia,"