Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 October, 2011

Wakil rakyat BN akan balas kembali jasa rakyat - Masir

Caption: UNTUK MU...David (kiri) sedang menyampaikan cenderamata kepada Masir (kanan) sambil disaksikan oleh Harden (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Sabtu (15 Okt) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membalas kembali jasa dan kepercayaan rakyat terhadap mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Baru dan Majlis Merarau bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman kelmarin.

Katanya kerajaan menerusi wakil rakyat akan menunaikan janji terhadap rakyat dengan lebih kerap turun padang dan meninjau pelbagai masalah yang berlaku dalam kawasan mereka dari masa ke semasa.

“Wakil rakyat BN sentiasa bekerja. Segala masalah yang dihadapi oleh rakyat akan diutarakan oleh mereka kepada pihak kerajaan untuk tindakan susulan demi menyelesaikan masalah itu.

“Justeru saya berharap agar rakyat meletak seratus peratus kepercayaan mereka terhadap kerajaan selepas ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap wakil rakyat BN dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Selain itu kerajaan kata Masir juga tidak mengabaikan keperluan hidup rakyat dengan memperkenalkan Bajet 2012 yang memberi peluang dan faedah kepada segenap lapisan rakyat di negara ini.

Beliau turut menambah bahawa Bajet 2012 seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya membuktikan bahawa BN adalah kerajaan untuk rakyat semenjak dari dulu hingga sekarang.

Terdahulu Majlis Perasmian Jambatan Baru dan Majlis Merarau bertempat di SK Nanga Klassen, Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar iaitu Datuk Francis Harden Hollis.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Guru Besar SK Nanga Klassen, David Renang, Yang Dipertua PIBG SK Nanga Klassen, Daniel Sawing dan Timbalan Pengerusi MDSA, Jimmy Chong.

Masir menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 bagi tahun 2012 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Nanga Klassen.

Tamat.

No comments:

Post a Comment