Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 October, 2011

Tolak doktrin politik kotor - Snowdan

Caption: INGIN CUBA...Snowdan sedang memalu cenderamata berupa gendang yang disampaikan oleh Tr Lanchum sambil disaksikan oleh (dari kanan) Lumpoi, Nyalau, Masir, Mong dan Rayong pada majlis itu.

SIMUNJAN, Sabtu (1 Okt) – Rakyat dalam negeri ini perlu menolak sepenuhnya doktrin politik kotor yang telah dibawa masuk oleh parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia mulai sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam JKKK Rumah Lanchum Dagang, Sungai Tenggang, Pantu di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Menurut beliau politik kotor yang dibawa masuk oleh pihak pembangkang ke dalam negeri ini hanya berniat untuk mengelirukan rakyat dan seterusnya memecah-belahkan perpaduan dikalangan mereka pada masa akan datang.

“Jangan biarkan politik kotor yang dibawa oleh pihak parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia merosakkan minda rakyat negeri ini khasnya dari kawasan luar bandar.

“Adalah lebih baik kita semua bersatu-padu dan terus bekerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) demi memajukan kawasan masing-masing selepas ini daripada mendengar politik kotor berkenaan,” katanya.

Selain itu Snowdan juga mahu hubungan perpaduan diwujudkan di peringkat kampung agar lebih banyak pembangunan dilaksanakan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Terdahulu Majlis Makan Malam JKKK Rumah Lanchum Dagang, Sungai Tenggang, Pantu ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Datuk Mong Dagang.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pengerusi Pengelola Majlis, Lumpoi Giseng, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Mong pada majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM8,000 kepada JKKK Rumah Lanchum, Sungai Tenggang, Pantu, Sri Aman.

Turut sama mengumumkan peruntukan pada majlis itu ialah Masir (RM5,000 untuk JKKK, RM3,000 untuk biro wanita), Snowdan (RM5,000 JKKK, RM2,000 biro wanita), Rayong (RM3,000 untuk JKKK) dan Nyalau (RM3,000 untuk JKKK).

Tamat.

No comments:

Post a Comment