Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Tiga orang anggota RELA Lubok Antu terima cek saguhati insuran


Mugshot : SILON JANDA


LUBOK ANTU, Khamis (20 Okt) – Seramai tiga orang anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat atau RELA Lubok Antu menerima cek saguhati insuran menerusi majlis yang berlangsung di Rumah Budit Gajah, Nanga Bertik, Lubok Antu baru-baru ini.

Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel (RELA) Silon Janda memberitahu tiga orang anggota terbabit ialah Dama Kandau, mendiang Kambang Kok dan Robart Timbang.

Dama katanya menerima cek saguhati insuran bernilai RM206 apabila beliau dimasukkan ke Hospital Betong kerana pengsan diakibatkan oleh kemalangan motorsikal setelah pulang dari bertugas di Balai Raya Skim Skrang pada 19 Disember tahun lepas.

Cek saguhati insuran bernilai RM22,000 pula disampaikan kepada Saran Mut apabila isterinya merangkap anggota RELA iaitu mendiang Kambang Kok terbunuh dalam kemalangan jalan raya setelah pulang dari sebuah majlis rasmi pada 2 April lepas.

Manakala Robart pula menerima sejumlah RM750 apabila mengalami kecederaan di bahagian mata kanan setelah melibatkan diri dalam kerja gotong-royong di Rumah Semueh pada 24 Disember tahun lepas.

“Kesemua ketiga-tiga penerima ini menerima wang saguhati insuran berpandukan kepada syarat-syarat yang termaktub dalam insuran Takaful Sendirian Berhad bagi anggota RELA tahun 2010 – 2011,” katanya.

Selain itu seramai tujuh orang anggota RELA Lubok Antu menerima sijil penghargaan di atas sumbangan mereka selama ini antaranya ialah Penghulu Rentap Ukar, Amik Asun, Awang Iberahim Awang Dollah, Kanselor Nyelang Jimbau, Tr Intunie Jiram, Banting Lat dan Martin Katoh.

Manakala empat orang Ketua Platun RELA kata Silon telah menerima kad keahlian masing-masing iaitu Magang Magal dari Basi Ili, Ageng Akong dari Lipat, Edmund Mujing dari Nanga Talong dan Sebry Stephen dari Lidong.

Terdahulu majlis penyerahan cek saguhati insuran, penyampaian sijil penghargaan dan kad keahlian RELA kepada semua penerima itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak.

Tamat

No comments:

Post a Comment