Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 October, 2011

SUPP Engkilili sokong Wong Soon Koh rebut jawatan presiden, Harden jadi timbalan


Mugshot : NYAMBONG MAWENG

ENGKILILI, Isnin (17 Okt) – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili menyokong penuh Dato Sri Wong Soon Koh untuk merebut jawatan presiden parti itu pada Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP (TDC) bulan Disember ini.

Wong adalah Timbalan Setiausaha Agung I SUPP pada masa sekarang dan akan bertanding bagi merebut jawatan presiden terbabit daripada Setiausaha Kerja Parti iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Mereka juga turut menyokong Timbalan Setiausaha Agong II SUPP pada masa sekarang iaitu Datuk Francis Harden Hollis untuk merebut jawatan Timbalan Presiden SUPP menerusi TDC berkenaan.

“SUPP cawangan Engkilili menyatakan pendirian tetap untuk menyokong Wong bagi merebut jawatan presiden pada TDC itu nanti manakala Harden pula sebagai timbalan beliau,” kata Setiausaha SUPP cawangan Engkililim, Kaunselor Nyambong Maweng.

Selain itu SUPP cawangan Engkilili jelas beliau juga menafikan sekeras-kerasnya kehadiran mereka dalam mesyuarat tertutup yang di ibu pejabat parti di Kuching yang diadakan kelmarin.

Jika ada ahli SUPP cawangan Engkilili yang hadir pada mesyuarat terbabit maka tindakan itu jelas Nyambong adalah atas kehendak individu itu sendiri tanpa adanya kelulusan dari pihak cawangan parti mereka.

Bagaimanapun parti SUPP cawangan Engkilili katanya berharap agar TDC SUPP terbabit berlangsung dalam keadaan baik tanpa wujudnya sebarang unsur perpecahan dikalangan ahli sekiranya berlaku pertandingan merebut jawatan itu kelak.

“Kami di cawangan SUPP Engkilili berharap agar parti SUPP terus utuh selepas berlangsungnya TDC pada bulan Disember nanti dan terus diterima rakyat dari masa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru politik Sarawak, Setiausaha Kerja SUPP iaitu Datuk Seri Peter Chin Fah Kui akan menentang Wong bagi merebut jawatan presiden pada TDC ini nanti.

Chin mendakwa bahawa beliau mendapat sokongan lebih daripada 306 orang pemimpin di peringkat akar umbi iaitu menerusi 33 daripada 43 buah cawangan parti di seluruh negeri.

Manakala itu 10 buah cawangan parti SUPP yang dikatakan tidak menghadiri mesyuarat tertutup terbabit antaranya ialah Bengoh, Telang Usan, Sibu, Senadin, Opar, Mukah, Kanowit, Belaga dan Baram.

Tamat…



No comments:

Post a Comment