Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 October, 2011

SMK Simanggang cemerlang dalam Peperiksaan Awam

Caption: RASMI...Junting (tiga kanan) ketika menyaksikan Fatimah menyempurnakan simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh  (dari kiri) Bohari, Ismawie, Johnathan, Jamit dan Husaini.


SRI AMAN, Isnin (24 Okt) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah mencatat keputusan amat baik pada peperiksaan awam tahun 2009 dan 2010 di Bahagian Sri Aman ini demikian menurut pengetua cemerlang sekolah terbabit, Joseph Junting Resa.

Bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), SMK Simanggang katanya telah mencatat kelulusan sebanyak 66.2 peratus dengan Gred Purata Sekolah atau GPS berada pada paras 2.97 peratus pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, SMK Simanggang katanya telah mencatatkan mencatat kelulusan sebanyak 70.3 peratus bagi peperiksaan PMR berkenaan dengan GPS berada di paras 2.7 peratus.

“Semakin kecil GPS terbabit maka semakin baik keputusan tersebut. Di Malaysia, mana-mana sekolah yang berjaya mencatat GPS di bawah paras 3.0 peratus adalah dianggap sangat baik dan SMK Simanggang adalah salah satu daripadanya,” menurut beliau.

Junting turut menambah bahawa seramai 12 orang pelajar SMK Simanggang mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR tahun 2010 dengan 35 orang pelajar memperoleh keputusan 6A ke atas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Atila Tiang Laju Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Sementara itu SMK Simanggang katanya juga mencatat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila mencatat kelulusan sebanyak 86 peratus dengan GPS berada pada paras 5.84 peratus pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, SMK Simanggang katanya telah mencatatkan mencatat kelulusan sebanyak 91 peratus bagi peperiksaan SPM berkenaan dengan GPS berada di paras 5.2 peratus.

“GPS yang diperoleh oleh SMK Simanggang juga amat baik dan buktinya kita telah berjaya mencatat gred itu di paras bawah 6.0 peratus iaitu yang dianggap terbaik bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

“Dua orang pelajar SMK Simanggang memperoleh keputusan semua A bagi mata pelajaran peperiksaan SPM 2010 dengan 33 orang pelajar lagi mendapat keputusan 6A ke atas,” katanya.

Justeru beliau berharap agar SMK Simanggang mampu mencatat keputusan lebih baik bagi kedua-dua peperiksaan awam berkenaan untuk tahun 2011 kali ini.

Terdahulu Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita Dan Kebajikan, Datuk Hajah Fatimah Abdullah telah merasmikan Majlis Anugerah Atila Tiang Laju SMK Simanggang yang bermula pada jam 9.30 pagi hari ini.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Johnathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Jamit Ajok, Yang Dipertua PIBG SMK Simanggang, Husaini Bujang dan Temenggong Haji Abang Bohari Haji Zen.

Seramai 255 orang graduan pelajar Tingkatan Enam, penerima sijil terbaik akademik, penerima sijil pencapaian ko-kurikulum dari SMK Simanggang menerima hadiah dan sijil dalam majlis berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment