Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

SMK Saint Luke tempa nama di Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Zon Selatan 2011

Caption: KAMI BERJAYA...Pengetua SMK Saint Luke iaitu Mering Jock Eng (tengah) sambil diapit oleh Lucy (kiri) dan Khairah (kanan) bergambar kenangan bersama peserta pelajar setelah mencipta nama dalam karnival itu.

SRI AMAN, Selasa (18 Okt) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke, Sri Aman mencipta sejarah apabila meraih dua gelaran johan dalam Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Zon Selatan 2011 baru-baru ini.

Johan dimiliki oleh sekolah itu setelah memenangi Kategori Pertandingan Gerai Pameran Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling serta Pertandingan ‘Facebook’ Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Menerusi acara yang berlangsung di SMK Petra Jaya, Kuching, SMK Saint Luke Sri Aman telah berhasil membuktikan kehebatan mereka setelah meraih dua kemenangan daripada tiga kategori yang dipertandingkan dalam karnival berkenaan.

Barisan juara SMK Saint Luke ini dibarisi oleh para Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling iaitu Lucy Chuo Mee Hong selaku pengurus pasukan dan Siti Khairah Binti Mohd Razali.

Manakala itu para peserta pelajarnya terdiri daripada Wizilla Janti anak Joshua, Gilbert anak Ringgit, Steafenie anak George, Walter anak Jali, Valentine anak Ganno dan Azizi Zaidi.

Menerusi motto ‘Menyinari Diri Sendiri Serta Orang Lain’ serta logo Unit Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling yang unik dan tersendiri, para peserta sekolah itu telah berjaya menyakinkan para hakim tentang kehebatan dan keistimewaan unit berkenaan

“Saya berharap agar kejayaan kali ini menjadi dorongan dan semangat  kepada warga sekolah supaya berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih menakjubkan pada masa akan datang,” kata Lucy.

Terdahulu karnival yang bertemakan ‘Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Ke Arah Pembangunan Sahsiah Dan Karektor Murid’ itu adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Karnival yang dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching itu menyaksikan sejumlah tiga buah kategori dipertandingkan bagi tujuan itu antaranya ialah Pertandingan Video Korporat, Gerai Pameran Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling serta ‘Facebook’ Unit Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.

Sejumlah 30 buah sekolah menengah dan rendah dari kawasan Kuching, Samarahan, Betong dan Sri Aman mengambil bahagian dalam Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Zon Selatan 2011 terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment