Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 October, 2011

SK Munggu Bringin tuan rumah Pertandingan Kebudayaan Sekolah Rendah Zon Pantu


Caption: TAHNIAH...Masir (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Isa Reff (dua kiri) dan Guru Besar SK Pantu iaitu Louis Aom (kanan sekali).

PANTU, Isnin (10 Okt) – Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Kebudayaan Sekolah-sekolah Rendah Zon Pantu yang berlangsung di situ baru-baru ini.

Pihak pengelola iaitu Isa bin Reff merangkap Guru Besar SK Munggu Bringin berkata sejumlah lima buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya ialah SK Abok, SK Aping, SK  Pantu, SK Jaong dan pasukan tuan rumah sendiri.

“Program yang telah dikelolakan oleh SK Munggu Bringin menerusi kelolaan pihak Majlis Guru Besar (MGB) Zon Pantu ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

“Kita juga mahu murid-murid sedar bahawa kebudayaan dan adat resam tidak boleh dipisahkan mahupun dilupakan walaupun  dunia pada masa sekarang sudah serba moden dengan lahirnya pelbagai teknologi canggih,” katanya.

Justeru pihaknya berharap pertandingan seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang demi memupuk semangat patriotisme disamping menyemai sifat cintakan adat resam serta budaya kaum masing-masing selepas ini.

Terdahulu pertandingan berkenaan telah diadakan pada waktu sebelah malam sebagai acara kesinambungan kejohanan balapan serta padang di sekolah tuan rumah pada waktu sebelah pagi hari terbabit.

Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat telah merasmikan pertandingan tersebut dan seterusnya menyumbang sejumlah RM5,000 masing-masing kepada lima buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu termasuk juga MGB Zon Pantu.

SK Abok telah memenangi kategori Tarian Rtnik dan Rampaian Tarian Tradisional dengan SK Abok dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan itu sambil diikuti oleh SK Aping di tempat keduadan SK Munggu Bringin di tempat ketiga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment