Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

Prestasi akademik anak-anak tergantung di bahu ibubapa


Caption: MANFAATKAN...Rayong (kiri) menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar kepada Tuah (kanan) sambil disaksikan oleh Nyalau (dua kanan) pada majlis itu.

ENGKILILI, Rabu (12 Okt) - Ibubapa perlu memainkan peranan serta tanggungjawab yang cukup besar khasnya dalam memberikan perangsang dan motivasi kepada anak-anak demi kebaikan masa depan pendidikan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata tanpa tanggungjawab ini, golongan anak-anak tidak akan begitu mengambil berat untuk mempertingkatkan tahap kecemerlangan akademik masing-masing.

“Dalam perkara ini para ibubapa harus sedar bahawa mereka perlulah melaksanakan peranan berkenaan untuk mempertingkatkan taraf akademik anak-anak dan bukannya sekadar mengharapkan peranan pihak warga pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau 2011 anjuran Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Enteban bertempat di Dewan Serbaguna Skim Skrang, Engkilili, hari ini.

Selain itu penguasaan anak-anak dalam bidang akademik kata Rayong adalah amat penting memandangkan mereka adalah aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan negeri.

Beliau menambah golongan anak-anak bakal menjadi harapan untuk mengantikan para pemimpin negara dalam usaha pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial di masa yang akan datang.

“Pihak ibubapa juga boleh menjadi seorang ‘guru’ ketika bersama dengan anak-anak di rumah dan golongan ibu terutamanya perlu memainkan peranan ini dengan lebih aktif demi masa depan pendidikan anak mereka,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Guru Besar SK Nanga Enteban, Mohd Tuai Sulai dan Yang Dipertua PIBG SK Nanga Enteban, Christopher Ningkan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment