Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 October, 2011

Pingat Keberanian Sarawak atau PK kian dilupakan kata Mong

Caption: UNTUKMU...Mong (kiri) menyampaikan cek bantuan sumbangan kepada seorang penerima (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (24 Okt) – Pingat Keberanian Sarawak atau PK perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri selepas ini kata Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Datuk Mong Dagang.

Katanya PK adalah merupakan sebuah anugerah yang pernah disampaikan oleh Kerajaan Sarawak kepada anggota keselamatan sehingga ia seolah-olah kian dilupakan oleh kerajaan pada masa sekarang.

“Pingat PK itu sudah ada sebelum Pingat Seri Panglima Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani disampaikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada semua penerimanya selepas itu.

“Malangnya pingat itu seolah-olah kian dilupakan hingga memberi kesan kepada penerimanya seperti Kolonel (Bersara) Fabian Wong Soon iaitu antara anggota terawal Renjer Sarawak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Sarawak sebaik sahaja selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Bahagian Ke-54 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Sarawak di sini kelmarin.

Jsuteru pengiktirafan kerajaan terhadap PK kata Mong secara tidak langsung akan membuktikan penghargaan mereka terhadap jasa yang dicurahkan oleh anggota keselamatan ketika era pemberontakan komunis pada masa dahulu.

Sementera itu beliau yang juga Menteri Muda Pertanian ketika berucap pada majlis itu berharap agar pesara tentera terus menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

“Sememangnya tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Namun begitu golongan terbabit seboleh-bolehnya haruslah menyokong kerajaan BN yang sentiasa membela kebajikan hidup tentera dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhit, Yang Dipertua PBTM, Bahagian Negeri Sarawak iaitu Spencer Birai, para ketua cawangan dan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Pingat Setia Sentiasa Berjuang kepada Sulaiman Nyandang dan Ajun Lasu serta penyampaian bantuan kebajikan kepada 10 orang penerima.

Mong menerusi berkenaan turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM7,000 bagi tahun 2012 kepada PBTM cawangan Sri Aman demi membolehkan mereka melaksana pelbagai aktiviti selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment