Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2011

Pelados juara Futsal Pesta Debak 2011


Caption: TAHNIAH...Razi (tengah) bergambar kenangan bersama pasukan pemenang pertandingan futsal dan badminton sempena sambutan Pesta Debak 2011.

- 4 Oktober

Pasukan Pelados dari Kampung Spaoh, Betong telah dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Futsal sempena Pesta Debak 2011 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Debak, Betong baru-baru ini.

Sang juara memastikan kemenangan milik pasukan mereka setelah berjaya menumpaskan pasukan MSC dari Kampung Maludam, Betong menerusi jaringan gol 6 – 1 menerusi perlawanan akhir kejohanan terbabit.

Dengan kemenangan ini pasukan Pelados telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500 beserta dengan piala dan pingat manakala pasukan naib juara iaitu MSC pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, piala dan pingat.

Sejumlah 13 buah pasukan telah berentap selama dua hari untuk merebut kejuaraan bagi Kejohanan Futsal sempena Pesta Debak 2011 di di Gelanggang Futsal Debak, Betong berkenaan.

Sementara itu Pesta Debak 2011 ini turut diserikan dengan Pertandingan Badminton Piala YB Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas 2011 yang menyaksikan pasangan Zahari dan Shahrulnizam muncul juara beregu bagi pertandingan itu.

Zahari dan Shahrulnizam muncul juara setelah berjaya menumpaskan pasangan Sulaiman dan Rizal dengan keputusan set 21 – 16, 16 – 21 dan 21 – 19 pada perlawanan akhir pertandingan itu.

Dengan kemenangan ini pasangan Zahari dan Shahrulnizam telah berjaya membawa pulang berupa wang tunai bernilai RM300 manakala pasangan Sulaiman dan Rizal pula membawa pulang wang tunai bernilai RM150.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang kejohanan futsan dan pertandingan badminton bersempena dengan sambutan Pesta Debak itu telah disempurnakan oleh ADUN Saribas, Ricky Mohd Razi Sitam.

Tamat

No comments:

Post a Comment