Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2011

Pangkat Datuk bagi Mong adalah pengiktirafan kepada semua rakyat Bukit Begunan

Caption: TERIMA KASIH...Masir (kanan) menyampaikan cek kepada Tr Jumat (kiri) sambil disaksikan oleh Mong (tiga kiri) dan tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (11 Okt) – Anugerah Pingat Gemilang Bintang Gemilang yang membawa gelaran Datuk untuk Mong Dagang adalah merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan merangkap Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jumat, Po – Ai Enggat, Sri Aman kelmarin.

Kerajaan katanya telah membalas kembali kepercayaan yang ditunjukkan oleh penduduk Bukit Begunan terhadap Barisan Nasional (BN) selama ini dengan memberi gelaran Datuk kepada beliau.

“Ia (Datuk) merupakan satu gelaran yang harus dibanggakan oleh semua penduduk DUN Bukit Begunan atas sumbangan penduduk dalam memastikan kemenangan BN bagi pilihan raya sebelumnya.

“Lagipun gelaran ini secara tidak langsung telah meyakinkan kerajaan bahawa penduduk dalam kawasan DUN Bukit Begunan masih memerlukan BN untuk memajukan kawasan penempatan mereka selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu Mong yang juga Menteri Muda Pertanian berharap agar penduduk kawasan DUN Bukit Begunan terus bersatu dalam politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Penduduk Bukit Begunan katanya perlu menyokong penuh Ahli Parlimen Sri Aman pada masa kini iaitu Masir Kujat demi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan ini dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar penduduk tidak menyokong pembangkang pada PRU13 demi memastikan kawasan DUN Bukit Begunan terus berkembang maju dari segala aspek selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan Dan Saliran, Irwandee Redzuan, Pegawai JASA Bahagian Sri Aman, Whelton Lumpoi, wakil JKR Bahagian Sri Aman, Chong Jin Hui,  Rev. Jackson Jarau, Kounselor Ronald Chengir Bugak, Kounselor Milu Gue dan Kounselor Tiam Bujang.

Masir menerusi majlis itu telah menyerahkan cek bernilai RM20,000 kepada JKKK Rumah Jumat, Po-Ai Enggat manakala Mong mengumumkan peruntukan bagi tahun 2012 bernilai RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Jumat, Poh-Ai Enggat dan RM5,000 kepada Rumah Wilson Bana, Poh-Ai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment