Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2011

Mabuk punya pasal, lumba masuk parit


PANTU, Selasa (4 Okt) – Satu kejadian kemalangan kecil jalan raya telah berlaku berdekatan dengan simpang jalan masuk menuju ke Pekan Pantu, kira-kira 60 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman pada hari Ahad lepas.

Kemalangan itu berlaku sekitar 9.30 pagi dan membabitkan dua orang lelaki dengan menggunakan dua buah motorsikal yang dipercayai sudah berada dalam keadaan pengaruh alcohol pada waktu itu.

Seorang pemandu ketika menyaksikan kejadian kemalangan berkenaan memberitahu kedua-dua orang lelaki itu menunggang motorsikal masing-masing secara berbahaya di sepanjang jalan Pantu terbabit sebelum itu.

Adakalanya kedua-dua orang lelaki terbabit dakwa beliau menunggang memasuki garis pemisah jalan dan sekali-sekala cuba meniru aksi sarkis seperti yang sering dipamerkan di kaca televisyen selama ini.

“Sebaik sahaja keluar dari simpang jalan Pantu, kedua-dua orang lelaki terbabit cuba berlumba di antara satu sama yang lain sambil menunggang motorsikal secara terhoyong-hayang.

“Kemudiannya seorang daripada mereka secara tidak sangka telah melanggar motorsikal yang ditunggang oleh rakannya di sebelah sehingga kedua-dua mereka terbabas ke dalam longkang selepas itu,” katanya.

Kedua-dua lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan terbabit sebaliknya hanya ketawa di antara satu sama yang lain sambil duduk di dalam longkang berkenaan.

“Mungkin mereka malu dilihat oleh pengguna kenderaan yang lain. Bagaimanapun kedua-dua mereka boleh dianggap bernasib baik kerana belum ada kenderaan lain yang lalu di jalan berkenaan ketika berlakunya kejadian terbabit,” katanya.

Seorang penunggang motorsikal yang lain dilihat singgah di lokasi kemalangan berkenaan demi membantu kedua-dua mangsa mengeluarkan kembali motorsikal mereka dari dalam longkang berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment