Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

Ketua kaum adalah telinga dan mata kerajaan - Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) sedang bergambar kenang-kenangan bersama ahli-ahli Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman sebaik sahaja tamat majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (13 Okt) – Ketua Masyarakat merupakan ‘mata dan telinga’ bagi pihak kerajaan memandangkan peranan mereka adalah amat penting dalam memajukan lagi negeri ini dari masa ke semasa.

Justeru Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis berharap agar para Ketua Masyarakat dalam negeri ini khasnya di Sri Aman untuk lebih kerap turun padang menemui rakyat mulai sekarang.

“Ketua Masyarakat seperti Pemanca, Temenggung dan Penghulu misalannya mempunyai peranan penting masing-masing untuk menghubungkan rakyat dan kerajaan dalam pentadbiran negeri ini.

“Kelebihan ini perlu dimanfaatkan oleh mereka untuk memberitahu para rakyat mengenai dasar kerajaan supaya usaha pembangunan dapat dilaksana dengan lancar dalam kawasan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman bertempat di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

Ketua Masyarakat kata Harden perlu kerap turun padang untuk mempertingkatkan lagi tingkat kefahaman rakyat khasnya di kawasan luar bandar berhubung usaha gigih kerajaan bagi menaiktaraf hidup mereka.

“Ketua Masyarakat adalah titian penghubung antara kerajaan dan rakyat. Oleh itu adalah amat penting golongan ini memikul tanggungjawab bagi memajukan kawasan penempatan rakyat di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan sejumlah 30 buah unit buku Sebar Reti dan 30 buah unit buku Jako Dalam kepada Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman.

Buku berjudul Sebar Reti terbabit telah dibeli oleh beliau sendiri di Tun Jugah Foundation dengan harga RM100 sebuku manakala buku berjudul Jako Dalam pula telah dibeli dengan harga RM40 sebuku.

Pengerusi Ketua Masyarakat Kaum Iban Bahagian Sri Aman iaitu Pemanca Samuel Lawen telah menerima buku berkenaan sambil disaksikan oleh bala ketua kaum di kawasan Sri Aman.

Tamat.



No comments:

Post a Comment