Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 October, 2011

Ketepikan kepentingan diri dalam JKKK - Harden


Caption: RASMI...Harden (tengah) sambil diapit oleh Peter (kiri) dan Rebecca (kanan) sedang menyempurnakan majlis memotong kek sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain pada majlis itu.

SRI AMAN, Sabtu (8 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh menjadi lebih maju sekiranya para ahli mengenepikan kepentingan diri masing-masing selepas ini.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis berkata matlamat perjuangan JKKK tidak akan tercapai jika para ahli tidak bersependapat dan hanya mengambil kira keuntungan diri dari masa ke semasa.

“Banyak JKKK berjaya memandangkan ahlinya sentiasa sepakat dan bersatu hati dalam menjayakan pelbagai aktiviti selama ini disamping mengutamakan sesuatu yang boleh menguntungkan rakyat di kawasan tadbir mereka.

“Justeru saya berharap agar ahli JKKK memperjuangkan aspek naiktaraf hidup penduduk di kawasan masing-masing mulai sekarang dan berhenti berselisih faham di antara satu sama lain pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-10 Dan Pelancaran Biro Wanita JKKK Raman Nanang Dan Munggu Sabu di sebuah restoran dalam bandar ini malam tadi.

Selain itu Harden juga menasihatkan ahli biro wanita untuk mengambil tempat bersama ahli JKKK lelaki bagi sama-sama memajukan rumah panjang atau taman penempatan masing-masing.

“Peranan wanita juga amat penting dalam pembangunan hidup penduduk pada masa sekarang. Saya yakin JKKK itu akan lebih berjaya dengan adanya penyertaan kaum wanita bagi tujuan itu selepas ini,” katanya.

Hadir ialah Penasihat JKKK Taman Nanang / Munggu Sabun, Hilarry Jugah, pengerusi JKKK iaitu Peter Finch, ketua biro wanita, Rebecca Sambai James Bada, para ahli JKKK dan pegawai kerajaan di sini.

Harden telah mengumumkan peruntukan bagi tahun hadapan bernilai RM5,000 kepada biro wanita JKKK berkenaan dengan majlis diserikan lagi menerusi acara penyampaian wang insentif, perasmian carta organisasi JKKK, memotong kek dan karaoke.

Tamat.

No comments:

Post a Comment