Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 October, 2011

Kemunculan sarang tebuan berdekatan RTM gusarkan orang ramai



Caption:  PERLU TINDAKAN...Dua sarang tebuan yang melekat di pokok berdekatan RTM Sri Aman pada masa sekarang perlu dibuang segera oleh pihak berwajib selepas ini.

SRI AMAN, Jumaat (21 Okt)  – Orang ramai memohon pihak berkuasa tempatan untuk membuang segera sarang tebuan yang membiak di sebatang pokok berdekatan Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman selepas ini.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa terdapat dua sarang tebuan di pokok terbabit dengan salah satu daripadanya dipercayai sudah lama manakala sebuah lagi masih baru dibina oleh serangga berbisa berkenaan.

Tebuan yang sering digelar sebagai Gamang dikalangan penduduk Iban dipercayai boleh memberi ancaman kepada kanak-kanak sekolah yang sering berjalan kaki menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang di situ.

“Saya bimbang kanak-kanak dari SJK Chung Hua Simanggang akan menganggu sarang terbabit ketika mereka turun atau pulang dari sekolah termasuk juga orang ramai dari kawasan berdekatan.

“Serangan tebuan amat berbahaya sehingga orang pernah maut disebabkan oleh serangga itu. Justeru saya berharap agar pihak berwajib tampil bagi menghalau serangga berkenaan selepas ini,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan di sini.

Beliau juga melaporkan bahawa belum ada mana-mana penduduk yang telah diserang oleh tebuan terbabit semenjak ia dipercayai bersarang di pokok berkenaan pada dua bulan lepas.

Namun begitu kemunculan sarang tebuan yang kedua di pokok berkenaan katanya amat membimbangkan dan boleh mengundang ancaman lebih besar sekiranya tidak ditangani segera selepas ini.

“Saya berharap agar orang ramai yang sering mundar mandir di bawah pokok berkenaan untuk tidak menganggu serang berkenaan sebelum pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi memusnahkan sarang tersebut di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment