Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Kemasukan dalam RELA punyai kelebihan - Nyalau


Caption: IKHLAS...Nyalau (kanan) menyampaikan cek saguhati insuran kepada Saran Mut iaitu suami kepada bekas anggota RELA iaitu mendiang Kambang Kok sambil disaksikan oleh Silon (tengah) pada majlis terbabit.

LUBOK ANTU, Khamis (20 Okt) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat atau RELA mempunyai keistimewaannya yang tersendiri walaupun dianggap bekerja secara sukarelawan untuk rakyat di kawasan sekelililing mereka.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Saguhati Insurans Dan Sijil Penghargaan Kepada RELA Lubok Antu di Rumah Budit, Nanga Bertik, Lubok Antu baru-baru ini.

Walaupun bekerja secara sukarela, namun setiap anggota RELA kata beliau mempunyai perlindungan daripada pihak Insuran Takaful Sendirian Berhad dan Insuran Takaful Malaysia Sendirian Berhad demi menjaga kebajikan hidup mereka sepanjang masa.

“Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya amat prihatin dalam menjaga kebajikan hidup anggota RELA dengan adanya perlindungan insuran berkenaan,” katanya.

Selain itu Nyalau juga mahu rakyat sedar bahawa anggota RELA mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan hidup rakyat di sekelilingnya selama ini.

Ia menurut beliau terbukti apabila pasukan RELA sering turun padang untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menangkap pihak Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) demi menjaga keselamatan rakyat di sini.

“Justeru saya menyeru agar semua belia di kawasan Lubok Antu untuk memohon menyertai pasukan RELA agar mereka dapat berbakti kepada rakyat dalam kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai RELA Daerah Lubok Antu, Leftenan Kolonel (RELA) Silon Janda, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Bertik, Tr Budit Gajah, para wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Nyalau menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Budit, RM3,000 untuk Biro Wanita Rumah Budit, RM15,000 untuk JKKK Rumah Simon, Buie Panjai dan RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Ujan, Nanga Sepaya.

Turut berlangsung ialah majlis penyerahan cek saguhati insuran, sijil penghargaan dan kad keahlian RELA yang disempurnakan sendiri oleh Nyalau sambil disaksikan oleh tetamu khas yang lain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment