Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2011

Kelas Bina Insan (BI) dan Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), KEMAS, Simunjan telah mengadakan Program Ramah-Tamah


Caption:

1. UNTUKMU...Naroden menerima buah tangan daripada Ustaz Syahid sambil disaksikan oleh Hajah Aben dan KK Chik Sulong pada majlis itu.

2. UNTUK ALBUM...Juara Sukaneka iaitu Pasukan Darul Ibadah bergambar kenangan ketika berlangsungnya Program Ramah-Tamah dan Sukaneka di Dewan Serbaguna, Kampung Sageng, Simunjan baru-baru ini.

SIMUNJAN, Isnin (3 Okt) – Kelas Bina Insan (BI) dan Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), KEMAS, Simunjan telah mengadakan Program Ramah-Tamah dan Sukaneka bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Sageng, Simunjan baru-baru ini.

Aktiviti yang melibatkan sejumlah empat buah Kelas BI dan sebuah kelas PLF itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.

Naroden ketika berucap merasmikan majlis itu yakin bahawa Kelas BI dan PLF KEMAS adalah merupakan sebuah platform untuk mewujudkan satu kumpulan yang tidak maju kepada yang maju selari dengan perkembangan semasa.

“Untuk terus maju rakyat mestilah mempunyai akhlak yang baik, berpendidikan, berfikiran terbuka, berkeyakinan diri, mempunyai minat, tahan lasak serta berpotensi untuk maju.

“Selain itu keadaan politik yang stabil serta aman disamping prasarana lengkap seperti jalan raya, sekolah, klinik dan sebagainya turut memudahkan kita mencapai kemajuan untuk meningkatkan ekonomi pada masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Simunjan itu berharap agar penduduk memperlengkapkan diri dengan segala kemahiran yang sedia ada  selain menjalin kerjasama dan hubungan lebih luas dengan pertubuhan lain selepas ini.

Naroden menerusi majlis berkenaan telah menyumbang sejumlah RM10,000 untuk diagihkan kepada Kelas BI berkenaan.

Hadir sama ialah Penyelia KEMAS, Ustaz Syahid Abdul Rahman, Ahli Majlis Daerah Simunjan, Kaunselor Hajah Aben Abang Aneh, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah, Khalik Marzuki, Penghulu Raili Alias dan ketua kaum di sini.

Terdahulu program itu melibatkan sejumlah lima buah kampung dengan tujuan untuk memberi bimbingan serta pendidikan secara tidak formal berteraskan agama kepada penduduk kampung untuk memajukan diri.

Pasukan Darul Ibadah dari Kampung Sageng Hilir menerusi program itu telah menjadi juara dalam acara sukaneka dengan pasukan Marasatul Hidayah, Kampung Sageng Hulu dan pasukan Darul Iman, Kampung Keleka muncul naib juara dan pemenang tempat ke-3.

Tamat


No comments:

Post a Comment