Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2011

Kelab Line Dance Simanggang meriahkan sambutan ulangtahun Line Dance Saratok


Caption:

1. MANTAP...Kumpulan Line Dance Simanggang sedang mempersembahkan tarian Cowboy ketika berlangsungnya majlis itu.

2. UNTUK ALBUM...Kumpulan Line Dance Simanggang dan Saratok bergambar kenangan pada penghujung sambutan majlis berkenaan.

SARATOK, Rabu (12 Okt) – Kelab yang aktif dalam bidang tarian di Sri Aman iaitu Simanggang Line Dance telah diundang ke Saratok bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Pertama Penubuhan Saratok Line Dance Group baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Simanggang Line Dance, Ling Siew Hung ketika ditemui berkata pelbagai aktiviti menarik telah diadakan oleh kedua-dua pihak bagi memeriahkan sambutan ulangtahun berkenaan.

“Menerusi Sambutan Ulangtahun Pertama Penubuhan Saratok Line Dance Group terbabit, Kelab Simanggang Line Dance telah mengadakan bengkel bagi mendidik beberapa orang ahli kumpulan Saratok Line Dance ini.

“Kita menerusi bengkel ini mahu memantapkan lagi teknik persembahan tarian dikalangan kumpulan Saratok Line Dance disamping menambah pengetahuan mengenai teknik asas beberapa tarian tertentu untuk mereka,” jelas beliau.

Demi memeriahkan suasana sambutan ulangtahun berkenaan, Kelab Simanggang Line Dance kata Ling juga turut mengadakan persembahan tarian Cowboy sebelum majlis berakhir dengan pemberian hadiah serta sesi kenangan bergambar beramai-ramai.

“Lagipun Sambutan Ulangtahun Pertama Penubuhan Saratok Line Dance Group terbabit juga secara tidak langsung telah mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim di antara kedua belah pihak selepas ini,” katanya.

Terdahulu sejumlah 60 orang ahli daripada Simanggang Line Dance dan Saratok Line Dance mengambil bahagian dalam aktiviti bengkel yang dikendalikan sendiri oleh Ling di Mini Stadium SJC Ming Sing Saratok.

Tamat.

1 comment:

  1. how to join this club???...i really love to dance since high school..i even an active member of unimas team b4..please do tell me how can i join this team

    ReplyDelete