Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 October, 2011

Kelab Ek Ek Sri Aman rancang aktiviti besar pada tahun 2012

Caption: UNTUK ALBUM...Para ahli Kelab Ek Ek Sri Aman bergambar kenangan ketika menikmati jamuan sebelum majlis diteruskan dengan pelbagai aktiviti baru-baru ini.


SRI AMAN, Sabtu (8 Okt)– Kelab yang pernah mula meniti nama dikalangan bibir penduduk menerusi siri jelajah ke Ulu Batang Ai, Lubok Antu sebelum ini iaitu Ek Ek Sri Aman bercadang untuk merangka lebih banyak program mulai tahun hadapan.

Pengerusi Kelab Ek Ek Sri Aman iaitu Ellison Lingoh berkata cadangan terbabit dibuat memandangkan pihak kelab tidak mengadakan sebarang aktiviti bagi sepanjang tahun ini berbanding tahun 2010 lepas.

“Aktiviti paling menarik yang pernah dilakukan oleh Kelab Ek Ek Sri Aman sebelum ini ialah siri jelajah selama tiga hari ke Ulu Batang Ai, Lubok Antu pada bulan November tahun lepas.

“Pihak kelab tidak melaksanakan aktiviti bagi tahun ini disebabkan oleh kesibukan tugas. Justeru Kelab Ek Ek akan mengadakan semula aktiviti sosial bermula tahun 2012 demi mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ahli,” katanya.

Ellison berkata demikian kepada Utusan Sarawak ketika berlangsung Majlis Pertemuan Ahli Jawatankuasa Kelab Ek Ek Sri Aman bertempat di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam kelmarin.

Selain itu beliau juga telah bercadang untuk mengajak para ahli melakukan aktiviti kebajikan untuk penduduk demi menaikkan lagi nama Kelab Ek Ek Sri Aman mulai tahun hadapan.

Terdahulu Majlis Pertemuan Ahli Jawatankuasa Kelab Ek Ek Sri Aman telah didahului dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis selaku Timbalan Pengerusi Kelab iaitu Gilber Meur.

Majlis kemudiannya diteruskan oleh ucapan amanat oleh Ellison sebelum meraikan kemasukan dua orang ahli baru iaitu Koh Pii Peng, Joshua Ijau dan Lakuang Ading @ Levinson Nading.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Kelab Ek Ek Sri Aman, Vyonnie Maclean Pugie dan para ahli jawatankuasa iaitu Lan Manggie, Edwin Nanggah, Jones Mukan.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan silap mata oleh Koh, persembahan nyanyian oleh Lakuang Ading, demo permainan gitar oleh Edwin serta sesi cubaan nyanyian lagu tema kelab oleh Vyonnie, Gilbert, Ellison, Land, Joshua dan John.

Tamat.

No comments:

Post a Comment