Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2011

Kelab Ek EK Sri Aman rai perpindahan Naga Lam ke Kuching

Caption: EK EK PIAK PIAK...Naga (kiri) menerima cenderamata daripada Ellison (kanan) sambil disaksikan oleh ahli-ahli ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (18 Okt) – Jasa Nelson Naga Alam iaitu bekas Setiausaha Sulit kepada mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot, bekas Menteri Muda Pertanian terhadap pembangunan di Lubok Antu dahulu nyata tidak muda dilupakan oleh ramai pihak.

Bekas Setiausaha Sulit itu telah kembali bertugas ke Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak setelah kematian mendiang Unting semenjak 2009 sebelum beliau berpindah tugas ke Ibupejabat Jabatan Imigresen di Kuching baru-baru ini.

Justeru Kelab Ek Ek Sri Aman telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan bagi meraikan perpindahan Naga ke Kuching demi mengenang sumbangannya terhadap kelab terbabit dan rakyat di Lubok Antu selama ini.

“Majlis ini bertujuan untuk memberi ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap Naga Alam kerana pernah berjasa dalam membantu menjayakan aktiviti Kelab Ek Ek Sri Aman di Batang Ai, Lubok Antu pada akhir tahun lepas.

“Selain itu kita juga menghargai sumbangannya dalam bidang politik iaitu ketika beliau (Naga) berpenat lelah dalam membantu menguruskan pembangunan hidup rakyat Batang Ai sebelum kematian mendiang Unting,” kata pengerusinya iaitu Ellison Lingoh.

Kehadiran beliau (Naga) kata Ellison masih terasa di hati rakyat Lubok Antu setelah bertugas di Pos Imigresen kawasan berkenaan selama dua tahun sebelum berpindah tugas ke Kuching selepas itu.

“Justeru Kelab Ek EK Sri Aman telah mengadakan majlis ini demi menunjukkan kepada semua rakyat bahawa pihak kelabnya juga mengenang sumbangan beliau terhadap kami selama ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu malam tadi ialah Timbalan Pengerusi Kelab Ek Ek Sri Aman, Gilbert Meur, Setiausahanya, Vyonnie Maclean Pugie dan para ahli jawatankuasa iaitu Lan Manggie, Edwin Nanggah, Jones Mukan.

Majlis diserikan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata kepada Naga, persembahan nyanyian lagu karaoke, jamuan makan, sesi bertukar pendapat mengenai aktiviti dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment