Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 October, 2011

JKR Betong anjur Kempen Derma Darah




Caption: PENGHARGAAN...Anding (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Bidit (kanan) sambil disaksikan oleh Flaurine (kiri sekali) dan kakitangan penganjur program kempen derma darah di sini hari ini.

BETONG, Jumaat (21 Okt) – Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong telah turun padang untuk membantu menambah bekalan darah terhadap Tabung Darah Hospital Bahagian Betong di sini.

Niat kelab itu berhubung perkara terbabit telah terbukti apabila kelab berkenaan dengan kerjasama SHECom JKR Betong menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Komplek Kerajaan Negeri Betong hari ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari itu telah membabitkan penyertaan seramai 31 orang penderma.

“Tujuan utamanya ialah untuk membantu pihak hospital mengisi bekalan darah di dalam tabung darah institusi perubatan berkenaan bagi tujuan kegunaan pesakit yang amat memerlukan selepas ini.

“Dengan adanya program seumpama ini pihak kita berharap agar lebih ramai pihak untuk tampil menderma darah dalam mana-mana kempen anjuran pelbagai pihak untuk sepanjang masa selepas ini,” menurut beliau.

Program Menderma Darah menurut beliau juga adalah merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang seringkali dianjurkan oleh Kelab Sokanjaya JKR Betong pada setiap tahun.

Justeru pihaknya mensasarkan jumlah penyertaan lebih ramai ahli menerusi program derma darah yang serupa di masa akan datang demi menampung keperluan bekalan darah di Hospital Betong selepas ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Kelab Sokanjaya JKR Betong iaitu Anding Unchi, Setiausaha Presiden Kelab Sokanjaya JKR Betong, Flaurine Engkamat dan wakil Unit Tabung Darah Hospital Betong, Bidit Mabu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment