Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2011

JKM sinonim sebagai pemberi bantuan - Emilda


Caption: MASIH MERIAH...Para tetamu undangan khas sedang menikmati jamuan ketika berlangsungnya majlis anjuran JKM Betong baru-baru ini.
BETONG, Khamis (7 Okt) - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat sinonim dengan gelaran pemberi bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan demikian menurut Penolong Pengarah JKM Bahagian Betong, Emilda Piar anak Kunchui Uli.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya 2011 anjuran JKM Bahagian Betong yang berlangsung di Dewan Rumah Rehat Kerajaan Betong baru-baru ini.
JKM menurut beliau bukan saja menjadi tumpuan dikalangan penerima bantuan yang layak bahkan juga dikalangan pemohon tidak layak yang sanggup bersusah payah untuk merayu meminta bantuan selama ini.
“Lagipun jawatankuasa yang ditubuh bawah kendalian JKM juga terus bergerak dan bergiat aktif. Peranan yang diberikan oleh jawatankuasa terbabit amat membantu dalam mengesan penduduk yang memerlukan bantuan.
“Kewujudan jawatankuasa di bawah JKM yang bertujuan untuk memantau situasi dan keadaan penerima itu akan memudahkan pihak kita memberi bantuan kepada mereka yang berkelayakan,” kata Emilda.
Antara jawatankuasa tersebut ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK), Briged Kebajikan Perdana (BKP) dan Pusat Perkhidmatan Warga Tua (PPWT).
Emilda turut menambah bahawa JKM akan turut mengalas peranan untuk mengatasi dan membenteras gejala-gejala sosial yang sering berlaku dikalangan remaja dengan lebih aktif dari masa ke semasa.
Terdahulu majlis yang turut dianjurkan dengan kerjasama daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bahagian Betong dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK) Bahagian Betong itu telah dihadiri seramai 100 orang tetamu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Tadbir Sarawak, Akoi Ijau, Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit, Pengerusi PDK Betong, Edward Augustine Langi dan Ketua Kampung Masjid Betong, Rasidah Julaihi.
Tamat.

No comments:

Post a Comment